Siakap Keli

(Video) Kena Ada Kat Rumah, Ini Fungsi ‘Socket Tester’ Yang Boleh Kesan Punca Kerosakan Soket

Acap kali kita dengar tentang kebakaran rumah berlaku disebabkan kelailaian manusia. Paling memeranjatkan apabila antara punca kebakaran bukan disebabkan kebocoran gas atau api.

Ya, sebenarnya penggunaan soket yang rosak juga boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku di rumah korang, apa kata korang ikut langkah yang dikongsikan menerusi video ini.

Pernah guna atau lihat tak peranti untuk memeriksa keadaan soket yang rosak dan tidak? Kalau tak pernah, korang boleh cuba ‘socket tester’ ini di rumah. Boleh di beli di Shopee dengan harga serendah bawah RM30 sahaja.

‘Socket tester’ ini mempunyai pelbagai fungsi, paling menarik ia boleh memerikasa keadaan soket yang rosak dan punca ia rosak. Jadi, jom tonton video tips ini untuk maklumat lebih lanjut.

@alonghisyam

#CapCut #vivoSuperTime #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #fouryourentertainment #tiktokeducation #jimatelektrik #tipsjimat

♬ bunyi asal – Nik Mohd Fakrul Hisyam – Nik Mohd Fakrul Hisyam

 

Sumber: Alonghisyam

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.