Siakap Keli
Gambar: TikTok @aishahsazali2

(Video) Orang Kita Prihatin, Sidai Langsir Putih Lepas Basuh, Persatuan Flat Telefon Tanya Keadaan Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini, tular kempen bendera putih yang dilancarkan warga net untuk membantu mereka yang memerlukan. Individu yang perlukan bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diminta mengibarkan bendera putih sebagai simbolik.

Keprihatinan rakyat Malaysia yang tampil memberi bantuan wajar menerima pujian. Ini membuktikan bahawa warga peka dengan keadaan sekitar, selaras dengan slogan kita jaga kita yang diwar-warkan selama pandemik COVID-19 melanda negara.

Tapi berbeza pula dengan kisah mencuit hati yang dikongsikan pengguna TikTok @aishahsazali2 ini. Dalam video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Aishah Sazali ini menyatakan bahawa dia terlupa akan kempen bendera putih yang kini sedang tular.

Menurut Aishah, dia menyidai langsir putih di tingkap rumahnya untuk menghilangkan bau hapak. Namun lain pula jadinya bila ibunya mendapat panggilan dari persatuan flat tempat tinggal mereka menanyakan keadaan keluarga Aishah yang disangka memerlukan bantuan.

Video ini mendapat 1.3 juta tontonan dan 139.5 ribu sukaan setakat ini.

@aishahsazali2

#benderaputih🏳️ #maaf #fypシ

♬ Panik ngga – Ragil

“Jemur cadar putih kat pagar, sekali orang ketuk pintu”

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama kerana ‘bendera putih’ ini.

Tanda rakyat Malaysia prihatin

Sumber: TikTok @aishahsazali2

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.