Sejak penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada masyarakat terutamanya di Malaysia yang masih berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kes semakin meningkat.
Bagi mengurangkan impak psikologi dalam kalangan masyarakat kita, petugas barisan hadapan tubuhkan satu badan yang dikenali sebagai Psychological First Aid atau ringkasnya PFA.
Seperti tular video di mana sekumpulan petugas barisan hadapan berjoget keriangan di sebuah pangsapuri bagi menceriakan penduduk di sana. Jadi, menerusi laman Facebook Doktor Nimelesh, beliau berkongsi tugas-tugas dan objektif PFA ini ditubuhkan.
Gelagat barisan Frontliners di PKPD Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Ini adalah sebahagian daripada PFA (Psychological First Aid) .
PFA dicipta untuk membantu sesiapa sahaja dalam memberi pertolongan terapi mental kepada mangsa-mangsa bencana.
Fungsi nya adalah untuk memberi pertolongan agar mangsa yang trauma akibat bencana dapat kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa kembali.
OBJEKTIF PFA:
• Mengurangkan tekanan emosi akibat krisis kehidupan.
• Membantu klien memenuhi keperluan asas semasa krisis.
• Memberi sokongan kepada klien supaya kembali kepada fungsi optima
Sumber: Dr Nimelesh