Siakap Keli
Gambar: @thepinkstuff.asia

(Video) Tak Payah Cat Semula, Guna Saja ‘Spray’ Ni, Dinding Boleh Jadi Bersih Dan ‘Fresh’

Dinding rumah yang kotor semestinya akan ‘mencacatkan’ pemandangan rumah yang cantik, bukan? Apatah lagi bila rumah tersebut baru didiami dan terdapat kesan kotor yang ditinggalkan, atau kesan simen daripada pembaikan rumah.

Daripada kita mengecat semula bahagian yang kotor itu, lebih baik kita menanggalkannya dengan cucian yang bersih. Tak usah risau kalau segala sabun pencuci tak menjadi, korang hanya perlu cuba penyembur khas ni untuk bersihkan dinding yang kotor.

Menerusi perkongsian @thepinkstuff.asia di akaun Tiktok, ‘spray’ sahaja di kawasan dinding yang kotor, kemudian lap sehingga bersih. Mudah, bukan?

Sembur pada dinding

Lap sehingga kotoran hilang

Jom tengok hasilnya dalam video di bawah.

@thepinkstuff.asia

A vibe #thepinkstuff #cleaninghack #cleantok

♬ original sound – Faris Samri – Faris Samri

Sumber: cleantok

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.