Tular beberapa hari ini tentang ‘jalan pintas’ untuk dapatkan temujanji vaksin bagi mereka yang belum mendapat apa-apa tentang maklumat vaksinasi.
Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa tindakan itu adalah tidak betul dan ia akan memberi kesan kepada pihak MySejahtera untuk mendapatkan aduan yang dihantar menerusi aplikasi tersebut.
Jadi, KKM menasihatkan orang ramai untuk berhenti menyebarkan berita palsu ini dan diminta untuk sentiasa bersabar menunggu giliran vaksinasi.
Terdapat mesej PALSU sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.
Orang ramai diminta untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera.
JKJAV
#LindungDiriLindungSemua
#SabarTungguGiliran
Sumber : KKM