Siakap Keli
Gambar: MySejahtera

Nak Tahu SOP Terkini Yang Tepat? Rupanya Kat MySejahtera Pun Boleh ‘Check’

Bagi setiap fasa Perintah Kawalan Pergerakan ada prosedur operasi standard (SOP) yang terkini dan berbeza. Adakalanya ia membuatkan kita keliru untuk mengikuti SOP mana satu kerana status PKP yang berubah-ubah mengikut daerah atau negeri masing-masing.

Sebenarnya, anda boleh mengetahui SOP terkini PKP dengan mudah, hanya di hujung jari dengan MySejahtera. Menurut perkongsian Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, pengguna boleh mengklik kepada bahagian ‘lagi’ atau more di MySejahtera dan memilih ‘Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk merujuk SOP bagi setiap fasa PKP.

Sebaik sahaja memilih SOP, anda akan dibawa ke laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh membaca SOP tertentu bagi PKP, PKPB, PKPD dan PKPP.

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, MySejahtera

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.