Siakap Keli

Rakan Kerjasama LIVEON, Eyka Farhana Kongsi Cara Kekal Sihat Fizikal & Mental Sepanjang Pandemik Covid-19

Kuala Lumpur, 2 Julai 2021 – Eyka Farhana, seorang pelakon, pengacara, model dan juga  penyanyi tanah air yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan telah meluahkan rasa  bimbang terhadap kesihatan ahli keluarganya terutama sekali ketika musim pandemik Covid 19 yang melanda, semasa sesi siaran langsung di laman Facebook Rasmi Wellous Malaysia  pada pukul 8 malam tadi bersama pengacara, Baki Zainal.  

Eyka atau nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, banyak menceritakan tentang  kehidupannya sebagai seorang pelakon muda yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya.  Sebelum wabak virus COVID-19 melanda, Eyka sering berasa sukar untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga kerana kesibukan kerjanya. Beliau juga mengatakan bahawa  kerja keras yang dilakukannya ini adalah demi keluarga serta masa hadapannya. 

Namun, kerjaya atau wang bukanlah segalanya bagi Eyka kerana beliau mengatakan kesihatan  ahli keluarganya adalah nombor satu baginya.  

“Apa gunanya kalau kita bekerja kalau keluarga kita tidak sihat, tidak bertenaga dan sentiasa  jatuh sakit. Nak bekerja pun akan rasa risau.”, kongsi Eyka.  

Sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan, Eyka  mengambil peluang untuk meluangkan lebih masa bersama ahli keluarga di rumah dengan  melakukan pelbagai jenis aktiviti yang sihat di rumah. Hubungan Eyka bersama adik  beradiknya serta ibunya sangat erat dan mereka sering meluangkan masa dengan bersenam  dan memasak untuk sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dari segi fizikal dan juga  mental.  

Eyka dan keluarganya sangat mengambil berat tentang kesihatan luaran dan dalaman. Oleh  itu, dengan mengambil produk LIVEON dari Wellous sebagai minuman kesihatan, ia telah  banyak membantu meningkatkan kesihatan bersama. Selaku rakan kerjasama produk  LIVEON, Eyka juga sempat menasihati orang ramai supaya menjaga kesihatan fizikal dan  mental dan untuk tidak berputus asa dalam apa jua keadaan pada penutupan sesi temu bual  tersebut. 

UNTUK SIARAN MEDIA

Produk LIVEON juga bekerjasama dengan artis-artis terkenal tanah air seperti Scha Alyahya,  Farah Nabilah dan Tasha Shilla. Barisan selebriti ini telah mencuba dan menggemari produk  LIVEON kerana ia bukan sahaja membantu kesihatan tubuh badan, malah kecantikan luaran  juga.  

Pada minggu yang lalu, sesi temu bual tentang produk ini telah pun berlangsung bersama  selebriti pertama iaitu Farah Nabilah dan pada minggu seterusnya adalah Tasha Shilla, 9 Julai  dan Scha Alyahya, 16 Julai. Jangan lupa saksikan sesi temu bual siaran langsung di laman  Facebook Wellous Malaysia Rasmi untuk mengetahui lebih banyak informati mengenai  kebaikan produk LIVEON serta perjalanan mereka bersama LIVEON #LIVEONJadiMuda.  

Siti Fatimah