Siakap Keli
Gambar: Hello Doktor

Tak Semestinya Sebab Jerawat Atau Jeragat, Ini Mungkin Penyebab Wajah Menggerutu

Kulit muka yang ‘break out‘ disebabkan jerawat pastinya akan mengurangkan keyakinan seseorang apabila berhadapan dengan orang ramai. Mungkin pelbagai produk telah dicuba, namun hasilnya masih belum memuaskan, malah ada yang lebih bertambah parah.

Sebelum anda berputus asa daripada mengubatinya, cuba ketahui dahulu punca kulit muka anda berlubang. Mungkin bukan disebabkan jerawat atau jeragat, tetapi anda yang belum mengkaji lebih dalam mengenai kulit muka anda.

Sebaiknya, untuk dapatkan rawatan dan ketahui punca tersebut, bertanya pada pakar kulit adalah penyelesaiannya. Mana tahu tanpa anda sedar, kulit muka anda itu sebenarnya ‘dihinggapi’ kutu.

Bagi mengetahuinya dengan lebih lanjut, portal Hello Doktor ada menerangkan mengenai kutu atau ‘demodex’ pada kulit muka ini. Ikuti penerangannya di bawah.

Mungkin ramai yang pernah terbaca atau terdengar tentang apa itu Demodex bukan? Ia sebenarnya adalah masalah kulit muka akibat kutu!

Namun masih ramai yang belum cakna mengenai kewujudan kutu yang boleh menyebabkan kulit muka menggerutu ini.

Jadi, marilah kita semua sama-sama ikuti artikel ini untuk tahu mengenai masalah kulit muka ini dengan lebih lanjut.

Apa itu Demodex?

Apa itu demodex buat anda yang mungkin masih belum tahu, Demodex adalah singkatan daripada nama sejenis kutu iaitu Demodex folliculorum.

Kutu ini hidup dan tinggal pada folikel rambut yang terdapat pada kulit manusia dan mempunyai ukuran badan yang sangat kecil.

Kebiasaannya, kutu dewasa berukuran daripada 0.2 ke 0.4 milimiter dan adalah sangat mustahil untuk dilihat dengan mata kasar.

Demodex hanya boleh bertahan pada kulit manusia lantas menjadikan folikel rambut pada kulit yang nipis dan kedut seperti siku, lutut dan muka sebagai rumahnya.

Mungkin keberadaannya ini dianggap tidak akan mengganggu kehidupan manusia ekoran sistem simbiosisnya tidak memudaratkan dua-dua pihak.

Namun anda mungkin silap kerana kutu ini boleh membawa bahaya kepada anda!

Apa bahaya Demodex?

Untuk pengetahuan anda, organisme yang kecil ini memang boleh berada pada kulit setiap individu di luar sana.

Ia juga mungkin baik kerana akan bekerja membuang kulit mati pada tempat tinggalnya sendiri.

Namun cara penjagaan kebersihan individu akan menentukan bagaimana bahaya kutu Demodex ini.

Buat mereka yang tidak bernasib baik, apa bahaya Demodex akan berlaku satu kondisi akibat kutu ini yang dinamakan sebagai Demodicosis!

Demodicosis ini adalah sejenis kondisi pada kulit muka yang lebih kurang sama seperti jerawat atau jeragat namun ada perbezaannya.

Ia akan menyebabkan kulit muka menjadi kemerahan dan kegatalan yang teruk lantas menyebabkan kerengsaan atau keradangan pada wajah.

Ia akan berlaku apabila kutu Demodex ini membiak dengan banyak dan pantas lantas membuat sistem imun tubuh badan tidak dapat mengawalnya.

Mengenali apa itu demodex simptom & komplikasi Demodicosis

Berikut merupakan antara simptom Demodicosis pada muka anda:

Apabila ia terjadi, anda mungkin tidak perlu terlalu risau tentangnya kerana ia sangat mudah diubati dengan kadar segera.

Namun akan terjadi masalah jika anda lambat atau tidak merawatnya kerana ada komplikasi yang mungkin boleh berlaku.

Berikut merupakan antara komplikasi Demodicosis pada muka anda:

Jadi, adalah sangat penting untuk kalian terus berjumpa doktor sekiranya khuatir telah terkena jangkitan kutu Demodex!

Apa boleh buat untuk merawat jangkitan kutu ini?

Selepas berjumpa doktor, anda mungkin akan dipreskripsikan untuk mengambil ubatan dalam usaha melawan jangkitan demodicosis.

Ubatan seperti Metronidazole, Crotamiton, Ivermectin, Topical permethrin dan Cliradex wipes adalah antara pilihan ubatan terbaik.

Dalam pada itu, penderita jangkitan Demotex juga mungkin boleh menggunakan kaedah alternatif yang dipercayai mampu membantu merawat kondisi ini.

Namun, ia masih belum dapat dibuktikan secara saintifik dan anda perlu lebih berhati-hati dalam penggunaannya.

Berikut adalah ramuan di rumah yang dipercayai boleh membunuh kutu muka ini:

  • Minyak pokok teh
  • Lidah buaya
  • Cuka epal
  • Kunyit

Paling penting dan utama, kalian sebenarnya perlu lebih menjaga kebersihan diri terutamanya wajah dengan kerap mandi dan mencuci muka dengan produk tepat.

Selain itu, sila jaga kebersihan kawasan sekitar anda juga terutamanya bilik dan rumah agar kutu Demotex ini dapat dibasmi daripada terus menjangkiti anda atau orang lain di rumah.

Jika sudah terkena, sila segera berjumpa doktor agar ia tidak menyusahkan lantas menjejaskan anda dan individu di sekeliling okay!

Sumber: Hello Doktor

Nurul Nabila