Siakap Keli

Trend Ramai Beli Rumah Township, Harga Murah Dari RM187,150 Konsep Moden & Internet Laju (Fiber Optic), Patutla Cepat ‘Sold-Out’

Sebelum kita cerita lebih, kita nak jelaskan dulu, apa sebenarnya ‘Township’? Macam mana rupa bentuk rumah jenis dalam ‘township’ ni?

Township menurut mykamus.com adalah kota kecil serta daerah sekitar yang disediakan untuk mendirikan sebuah bandar kota. Dalam erti kata lain, proses mengubah kawasan yang kurang terkenal dan tidak berpenghuni menjadi sebuah kawasan yang kompleks; merangkumi kepadatan penduduk dan kelengkapan fasiliti.

Township sering dikatakan projek yang selalu ‘success’ kerana cukup lengkap dengan segala elemen sesuatu ‘residential area’.  Konsep yang dibawa dalam pembangunan township ini adalah sebuah pusat yang mempunyai segala keperluan.

Tambahan pula, township biasanya dikelilingi pusat pengajian tinggi, pusat perindustrian, pusat perubatan dan perniagaan.

Di Malaysia, hartanah dikawasan ini direka bertingkat selalunya bermula dengan setingkat, dua tingkat, tiga tingkat sehingga empat tingkat, dan selalunya menempatkan dua atau lebih unit hartanah berbeza dalam satu bangunan. 

Kenapa ramai suka duduk dalam kejiranan township & landed?

“Pembelian hartanah di township adalah satu pelaburan yang bijak kerana nilai hartanah akan melonjak pada masa akan datang.”

“Balik kerja nak beli barang dapur tak payah pergi jauh-jauh. Semua dekat dengan rumah. Sampai rumah, tak payah tunggu depan lift, jalan 10 tapak sampai dapur.”

“Seronok semua ada dan dekat. Kawasan mesra-jiran. Boleh buat aktiviti riadah@bersantai dengan keluarga dikelilingi udara segar, pokok-pokok bukan hutan batu ditengah-tengah KL.”

“Rasa selamat.  Gated guarded, ada private facilities, jiran-jiran baik.”

Apa yang menjadikan township ini berbeza dengan hartanah lain?

Aksesibiliti

Berdekatan dengan pengangkutan awam dan susur masuk dan keluar ke lebuhraya menjadikan ia salah satu peranan penting dalam pembentukan sebuah township.

‘Green environment’

Kebanyakan township dibina berkonsepkan persekitaran hijau bebas tenaga sebagai langkah mulia oleh pemaju berdepan dengan isu pemanasan global. Oleh itu, kejiranan township disuburi dengan tanam-tanaman hijau yang sejuk mata memandang.

Sekuriti

Township juga dilengkapi dengan konsep Guarded and Gated (GAG). Ini terbukti elemen keselesaan dan keselamatan menjadi keutamaan dalam pembentukan sebuah township.

Ada lagi beberapa elemen yang menjadikan township ini berbeza, antaranya, daripada segi teknologi dan konsep transit-oriented development (TOD).

Menariknya di township ini, anda akan menikmati manfaat tinggal di hartanah berteres dan faedah (juga tanggungjawab) daripada perkongsian kemudahan bersama di hartanah strata.

Jika diteliti banyak pilihan menarik township dalam pasaran sekarang yang membuktikan ia semakin menjadi pilihan ramai.

Rumah Teres di township serendah RM187, 150*

Bandar Universiti Seri Iskandar di Perak atau dikenali Bandar U Seri Iskandar antara yang menawarkan aspirasi indah pembangunan rumah  idaman dengan rekabentuk yang moden. Sebanyak 4,095 unit rumah teres, Semi-D, dan banglo telah dibangunkan di atas 777 ekar tanah di kawasan Bandar Universiti Seri Iskandar serta dilengkapi dengan 375 unit pejabat dan premis komersial.

Dengan harga pasaran yang sangat berpatutan, pembangunan di bandar ini antara pembelian yang berbaloi kerana cukup sempurna dengan fasiliti dan ameniti seperti:

Berdekatan susur lebuhraya

  • Lebuhraya Ipoh-Lumut
  • Lebuhraya Pantai Barat (WCE)

Pengangkutan awam

  • KTM
  • Terminal Bas Seri Iskandar

Institusi Pendidikan

  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Kolej Professional MARA
  • SMKA Sultan Azlan Shah
  • Kolej Vokasional Seri Iskandar
  • SMK Seri Iskandar
  • SK Seri Iskandar
  • SK Iskandar Perdana

Pejabat Kerajaan

  • Majlis Daerah Perak Tengah
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Iskandar
  • Lembaga Air Perak
  • Syariah Court SI
  • Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah
  • PTG Perak Tengah
  • JKR Perak Tengah
  • Pejabat RISDA

Pusat membeli-belah

  • Lotus (Tesco)
  • Econsave
  • D Mall

Premis Komersial (Makanan) & Hiburan

  • D’ecolake
  • mmCineplexes
  • KFC
  • Pizza Hut
  • McDonald’s
  • Domino’s
  • Secret Recipe
  • Subway

Antara lain, ia menjadikan Bandar Universiti Seri Iskandar sebuah township yang menawarkan projek pembangunan rumah yang paling mampu untuk dimiliki khususnya untuk pasangan yang baru berkahwin dan ingin berhijrah ke Perak mahupun penjawat-penjawat awam yang ingin ‘settle-down’ di kawasan termewah tapi milikinya dengan harga termurah.

Fokus township ini untuk memberikan keharmonian di kediaman selepas penat pulang bekerja dengan menyediakan tempat tinggal berkualiti dalam persekitaran perumahan yang selamat dan nyaman.

5 Fasa Sakura 95% SOLD OUT Dalam Tempoh 1 1/2 Tahun

Setakat suku ke tiga 2021, 371 daripda 410 unit kediaman Sakura di Bandar Universiti Seri Iskandar sudah dijual! Ternyata Sakura merupakan projek yang mendapat sambutan baik.

Untuk mengetahui lebih terperinci mengenai projek Sakura, klik link ini.

 

SAKURA (Rumah Teres Satu Tingkat)

  • Keluasan: 22’ x 65’
  • Jumlah unit: 410 unit
  • Bilik: 3 buah
  • Bilik Air: 2 buah
  • Harga: dari RM187,150

 

Pelancaran projek baru serendah RM237, 500*

Untuk memenuhi permintaan rumah mampu milik yang semakin meningkat, Hua Yang Berhad melancarkan projek baru di Bandar Universiti Seri Iskandar dan kini dibuka bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk pendaftaran disini.

Untuk memiliki projek perumahan berkualiti yang menjanjikan kegembiraan di kediaman dan persekitaran perumahan yang selamat, sila hubungi kami di talian 019 522 7196 / 016 592 7892 atau kunjungi BUSI – Huayang Sales Gallery di alamat: No. 1, Jalan PP5, Bandar Universiti Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak (Waze: https://waze.com/ul/hw0zbcfdc) atau layari www.huayang.com.my

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.