Setiap ibu bapa ingin melihat anak mereka bahagia. Selagi boleh, selagi itulah mereka berusaha memenuhi hajat anak-anak selagi ia tidak memudaratkan.
Bagi seorang bapa, Muhammad Johari Mat Jusoh, kebahagiaan melihat si anak mengayuh basikal idaman pastinya membuatkan dirinya turut tersenyum.
Namun apa yang lebih menghiburkan ialah gelagat si kecil yang terkejut melihat hadiah tersebut tatkala pintu rumahnya dibuka.
“Subhanallah,” lantang terkeluar dari mulut kanak-kanak itu sejurus ternampak basikal berkenaan. Mungkin terharu, dia kemudiannya memukul manja si ayah yang hanya tertawa dengan gelagat si anak. Seakan-akan ‘melepaskan geram’.
“Abang Waiz marah dan gembira. Marah sebab saya dengan umi cakap lupa nak beli basikal masa pergi bandar. Sebelum pergi bandar kami tinggal abang kat rumah atok.
“Basikal bawak balik rumah dulu, lepastu baru ambik dia balik rumah.”
Video tersebut telah mendapat lebih 700 ribu tontonan dan 97 ribu tanda suka.
Rata-rata warga maya terhibur dan memuji didikan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak berkenaan sehinggakan dia terbiasa dengan kalimah suci itu.
@muhammadjoharimatjusoh buat kejutan untuk anak#fyp
Mujur basikal, kalau dia dapat kereta bertumbuk dah aku rasa
Bagus didikan mak ayah, mula-mula sebut Subhanallah
Pandai sebut Subhanallah dulu
Sumber: Muhammad Johari Mat Jusoh