Saat-saat genting ini, ramai yang terkorban akibat wabak virus Covid-19. Lebih memilukan lagi apabila mangsa korban tersebut melibatkan ibu dan ayah kita serta ahli keluarga.
Pastinya terasa begitu berat ujian dan perit rasanya untuk ditanggung, andai orang ”tersayang’ pergi tanpa kita berada disisinya. Bukan itu sahaja, kita sebagai anak tidak dapat berbuat apa-apa hanya doa sebagai penawar rindu.
Menerusi laman Facebook, Norasma Tahir berkongsi perjalanan terakhir ibu tercinta yang cukup menyentuh perasaan semua orang yang menonton. Video tersebut menunjukkan anak-anak berdiri di bahu jalan dalam keadaan sayu menunggu untuk melambaikan tangan ke arah van yang membawa jenazah ibu tercinta ke tanah perkuburan.
Sungguh pilu hati ini apabila pasukan mengiringi van jenazah tersebut memperlahankan kenderaan mereka untuk memberi peluang kepada ahli keluarga melihat dari jauh sebagai tanda penghormatan terakhir untuk jenazah.
Bukan itu sahaja, anggota polis juga menohon maaf kepada ahli keluarga dan memohon agar semua bersabar serta menasihatkan untuk sedekahkan surah al-Fatihah kepada Allahyarhamah.
“Minta maaf ya, wan tak dapat singgah di rumah, kita bawa terus ke destinasi terakhir, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah ya…”
Dia IBU ku, Syukur Ya Allah. Terima Kasih tuk semua yang mendoakan arwah…
Menerusi rakaman tersebut, kedengaran ahli keluarga menangis teresak-esak selain menenangkan antara satu sama lain kerana mereka tidak dapat menatap jenazah buat kali terakhir.
Untuk tonton video, KLIK DI SINI
https://www.facebook.com
Kata Norasma Tahir dan Siti Norsiah semasa dihubungi sebentar tadi, mereka berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan untuk arwah ibu mereka tercinta. Semoga seluruh ahli keluarga ini kuat dan tabah menghadapi ujian ini.
“Allahhu Akbar… Kuatkan semangatku tuk hari-hari mendatang…”
VC terakhir jam 9.30 pagi sebelum MAK dijemput Illahi jam 10.29 pagi…
2/7/2021… di pagi Jumaat yang penuh kemuliaan dan keberkatan….
“AYAH…. sambut dan pimpin lah tangan MAK dengan penuh kasih sayang…. menuju ke Jannah…”
Al-Fatihah tuk Mu….
MAK (14/1/1935 – 2/7/2021 – 86 tahun)
AYAH (18/10/1929 – 19/12/2011 – 82 tahun)
Sumber: Norasma Tahir, Siti Norsiah Osman