Siakap Keli
Gambar: @atablefortwoplease

(Video) Mudah Je Sebenarnya Nak Buat Mayonis ‘Homemade’, Guna 2 Bahan Asas Je

Mayonis sememangnya menjadi bahan makanan yang enak ketika digandingkan bersama sandwich, burger dan sebagainya.

Jika nak guna, langkah paling mudah adalah hanya membelinya di kedai. Pun begitu, sekarang anda sudah boleh membuat sendiri mayonis ‘homemade‘ dan pasti rasanya juga menambat hati anda.

Menerusi akaun @atablefortwoplease di Tiktok ini, anda tidak perlu lagi beli mayonis di kedai. Sebaliknya, anda hasilkanlah mayonis sendiri dengan beberapa bahan ini iaitu minyak zaitun, telur, garam, gula dan jus limau/lemon.

Cara penyediaannya ialah:

  1. Masukkan sebiji telur dan gaul hingga sebati
  2. Tambah minyak zaitun hingga ramuan menjadi lebih mampat (tebal)
  3. Letak garam dan gula sebagai perisa
  4. Tambah jus limau atau jus lemon
  5. Gaul lagi hingga sebati dan siap

Masukkan semua ramuan dan gaul hingga sebati

Mayonis siap!

Ikuti video penuhnya di bawah.

@atablefortwoplease

Dont buy Mayonnaise. Do this instead #CapCut #sgfoodie #sg #pinoyofw #fyp

♬ Serenade No. 13 in G Major, K. 525 “Eine kleine Nachtmusik”: I. Allegro – Sir Neville Marriner

Sumber: Tiktok @atablefortwoplease, nakmakanapa.com

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.