Siakap Keli
Gambar: Jabatan PERHILITAN

“Berisiko Mendapat Kecederaan,” Ini Antara Enam Kesan Buruk Beri Makanan Pada Primat

Memberi makan kepada haiwan tidak menjadi kesalahan kerana kita digalakkan berlaku ihsan kepada binatang. Namun, sekiranya sesuatu perkara yang dilakukan itu boleh memudaratkan diri dan nyawa, kita perlu mengelakkannya daripada terjadi. Begitulah terjadi apabila kita memberi makan kepada primat.

Primat membawa maksud kelas kumpulan mamalia yang hampir sama seperti monyet, orang utan dan seumpamanya. Sekiranya orang awam memberi makanan kepada haiwan liar ini di kawasan ia berkumpul, pelbagai risiko boleh terjadi kepada mereka.

Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah berkongsikan kesan buruk sekiranya orang awam melakukan aktiviti memberi makan kepada primat ini.

Menerusi poster yang dikongsikan mereka, antara kesan buruknya ialah:

  1. Menyebabkan populasi primat meningkat dengan cepat dan melampaui jumlah makanan semula jadi di habitatnya.
  2. Menerima diet yang salah boleh mengakibatkan kematian. Anak primat boleh rosak perkembangan tulang dan ototnya.
  3. Manusia berisiko mendapat kecederaan ketika memberi makan pada jarak yang tidak sesuai.
  4. Bakal mengubah kelakuan semula jadi primat dan sering kali akan mengundang masalah.
  5. Menyebabkan primat hilang rasa takut terhadap manusia.
  6. Menyebabkan kerosakan pada harta benda dan tanaman.

Ikuti penjelasan lanjutnya di dalam poster di bawah.

May be an image of text that says 'KESAN BURUK MEMBERI MAKAN KEPADA PRIMAT 6 Memberi makan kepada primate berdekatan kawasan perumahan seringkali menyebabkan kerosakan pada harta benda Memberi makan kepada akan menyebabkan monyet enderung untuk melampaui jumlah semulajadid habitatnya Populasi berlebihan boleh menyebabkan kelaparan penyebaran wabak penyakit yangsesetengahnya berbahaya kepada tanaman semasa mencari makanan 5 Memberi makan kepada primate mati tertentu boleh manusia Primate dengan tulang kecederaan ototnya menyebabkan bertanggungjawab 3 berisiko seterusnya boleh menyebabkan memberi tidak primate jarak Memberi makan kepada primate mengubah serangan erhadap manusia akan mengundang masalah menghalang bergerak lain antara spesies mendapatkan makanan Perlindungan PER Fas: END PERHILITAN Dan Malaysia HOTLINE 1-800-88-5151'

Sumber: Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.