Pemilihan telur sebelum pembelian dibuat adalah sangat penting. Apa tidaknya, kalau dah beli dan pulang ke rumah, baru tahu rupanya telur tersebut tidak segar dan tidak sesuai dimakan. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan aspek kesegaran dan fizikalnya menepati ciri-ciri yang selamat untuk dimakan.
Pemilihan telur perlu dilihat daripada aspek kesegaran dan fizikalnya. Justeru, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Putrajaya menerusi KKM Nak Pesan telah berkongsikan tips dan pesanan pemilihan telur di pasaran.
Berdasarkan infografik yang bersumberkan BKKM Kelantan (Lihat, Hidu dan Rasa), terdapat enam tips memilih telur, antaranya ialah:
- Baca label
- Lihat tarikh luput
- Tidak berbau busuk
- Tiada najis
- Tidak retak
- Tidak pecah
Selain itu, terdapat beberapa pesanan yang disampaikan menerusi infografik ini iaitu:
- Beli ikut keperluan bagi menikmati kesegaran telur. Elak simpan stok terlalu lama.
- Simpan di tempat yang sesuai – dingin/kering.
- Basuh sebelum guna.
KKM Nak pesan kembali lagi. Kali ini dengan pesanan dan tips pemilihan telur. Semoga kita semua mendapat manfaat. Sebarkan ya..
'Like & Follow' kami untuk lebih banyak informasi berkaitan keselamatan makanan.#KKM#telurayam #KELANTANKUBERSIH
Kredit : Lihat, Hidu & Rasa pic.twitter.com/5tmeDbiRis
— Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (@BKKMputrajaya) July 6, 2021
Sumber: Twitter @BKKMPutrajaya