Hebahan bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara One-Off bagi tahun 2021 seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan pada 20 Jun 2021 yang lalu, akan dikeluarkan pada 7 Julai esok selewat-lewatnya jam 5.30 petang.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengambilan khas tersebut akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta mahupun luar negara.
“Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh graduan pendidikan,” kata kenyataan.
Sehubungan itu, SPP menyarankan semua calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas ini.
Sumber: Dr. Radzi Jidin