Siakap Keli

Singapura Bakal Bangunkan Pulau Batu Putih, Mahu Bina Fasiliti Untuk Kawal Keselamatan Maritim

SINGAPURA- Dilaporkan Singapura bakal meneruskan kerja-kerja pembangunan di Pedra Branca (Pulau Batu Putih) mengikut undang-undang antarabang, kata Kementerian Pembanguna Nasional (MND) pada 5 Jun.

Kerja-kerja pembangunan adalah untuk meningkatkan keselamatan dan keamanan maritim serta meningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat di daerah tersebut.

Ianya akan dilakukan dalam jarak 0.5 batu nautika dari Pedra Branca dan di perairan wilayah Singapura.

MND menambah, sejak tahun 1970-an Singapura telah melakukan kerja-kerja pembangunan ini. Namun ditunda kerana perselisihan antara Singapura dan Malaysia.

Oleh itu, Mahkamah Keadilan Internasional menganugerahkan kedaulatan Pedra branca kepada Singapura pada tahun 2008.

Menurut CNA, penambakkan tanah yang akan dilakukan akan dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Perumahan & Pembangunan (HDB), kata kementerian itu.

Pedra Branca merupakan sebuah pulau yang terletak berhampiran pintu masuk Selat Singapura.

“Selain Rumah Api Horsburgh, Pedra Branca juga menjadi tuan rumah bagi kemudahan Sistem Maklumat Lalu Lintas Kapal, helipad, kilang penyahgaraman, menara komunikasi dan stesen penyiaran semula.” kata MND.

Sumber: CNA

Atiqah Aliah