Kuala Lumpur, Jun 30, 2021– Wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini.
Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, TOP, jenama pencuci pakaian No 1 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean Tech™” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. Ia menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.
Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Besar Kanan, Cik Carmen Foo, pelanggan Malaysia telah membuat pilihan bijak dengan memilih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP untuk fungsi penyingkiran 99.9% anti-virus yang telah diuji melalui makmal di Jepun dalam menyingkirkan virus Covid-19 daripada fabrik, pilihan yang bijak untuk diri mereka, keluarga dan juga komuniti.
“Bahkan sebelum wabak ini lagi, Lion Corporation di Jepun telah mengkaji teknologi pencuci pakaian anti-virus untuk memberi gaya hidup yang lebih bersih menyeluruh kepada pengguna kami. Kami memperkenalkan teknologi pencuci pakaian yang inovatif dan penting ini kepada Malaysia hanya selepas memastikan rumusan yang lengkap supaya ia berkesan melawan virus, terutamanya SARS-CoV-2. Rakyat Malaysia menghargai tawaran produk inovatif kami kerana ia sesuai dengan norma baharu kita, dan memberi ketenangan minda kepada mereka. Untuk TOP, kami berasa bangga kerana menyumbang kepada #kitajagakita dengan menawarkan rangkaian pencuci pakaian inovatif ini. Kita semua boleh main peranan yang penting dengan mengambil langkah – langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci pakaian menggunakan sabun pencuci yang dapat membasmi virus tersebut” jelas Cik Foo.
Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing berasa bertanggungjawab untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria sebagai usahanya untuk mengurangkan risiko penularan.
“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.
“Sejak saya balik daripat kerja, saya sangat risau bahawa saya mungkin membawa pulang virus tersebut bersama saya di pakaian kerana ibu saya tinggal Bersama. Kita perlu berhati-hati dan bila saya tahu sahaja yang TOP boleh singkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19, saya terus belikannya untuk keluarga saya. Rutin kami bila kami balik rumah ialah ambil pakaian yang telah kami pakai dan letakkan ke dalam bakul baju yang boleh ditutup dan terus membersihkan diri. Kamil membersihkan pakaian setiap petang untuk mengurangkan risiko penyebaran virus,” kata Wenny Soong, seorang pendandan rambut dan ibu kepada dua orang anak.
Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.
“Ibu bapa saya guna TOP, saya pun guna TOP untuk banyak tahun sebab fungsi anti bau hapak dan anti-sebum amat berkesan pada baju berbau peluh dan tiada bau semasa pengeringan dalam rumah. Saya amat gembira kerana TOP masih mengekalkan kesemua fungsi yang saya gemari dan berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuk penyebab COVID-19. TOP memang berkesan membersihkan kotoran biarpun yang dapat dilihat ataupun yang tidak kelihatan dan saya boleh merasainya. Saya juga suka bau wangi pada baju selepas mencuci dengan TOP,” kata Syakirah Yusof, peguam.
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pilihan Super White, Super Colour, Super Hygienic, Blooming Freshness dan Silky Miracle. Untuk pelanggan rangkaian cecair TOP, mereka boleh memilih dari rangkaian Brilliant Clean, Colour Protect, Odour Buster, Stain Buster, Blooming Pleasures dan Silky Miracle. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP juga terdapat dalam Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk) serta Smart Clean (cecair) dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Kedai Rasmi Shopee dan LazMall.