Siakap Keli
Gambar: @kandangmabesfarm

(Video) Tak Dapat Tahan Sebak, Lelaki Teresak-esak Peluk Lembu Kesayangan Sebelum Berpisah

Bagi pencinta haiwan, binatang peliharaan ibarat keluarga sendiri. Segala kasih sayang dicurahkan kepada haiwan peliharaan bagaikan menjaga anak sendiri.

Kehilangan atau keterpaksaan berpisah dengan haiwan kesayangan pastinya meruntun hati sesiapa sahaja, apatah lagi selepas bertahun-tahun membesarkan haiwan tersebut.

Sepertimana seorang lelaki yang menangis teresak-esak tatkala terpaksa menjual lembu kesayangan miliknya.

Menerusi video dimuatnaik @kandangmabesfarm yang dikongsikan semula oleh Aceh Tribun News, kelihatan lelaki itu mengusap-usap lembunya yang ingin dijual.

Pada awalnya, kelihatan sang lembu seakan tidak mahu naik ke atas lori, sehinggalah tuannya naik dahulu ke atas lori berkenaan.

Melihat tuannya mendahului, lembu itu kemudiannya mengekori lelaki tersebut untuk naik ke atas kenderaan tersebut dan merelakan dirinya diikat.

Sebelum turun daripada lori, lelaki berkenaan dilihat sempat memeluk dan menangis teresak-esak tatkala mengelus haiwan kesayangannya yang kelihatan bersih dan terjaga rapi itu.

@kandangmabesfarm

SediH MeLePas Sapi KesaYaNgan #KanDaNGMABESFarm #LiMoUsiNGruP #LiMoUsiNGrouP #SaPiSuPer

♬ original sound – Aan HisBuLLaH – Aan HisBuLLaH

Video tersebut telah meruntun jiwa ramai warga maya yang turut bersedih atas perpisahan mereka.

Terbukti dijaga dengan kasih sayang, lembu gemuk, bersih dan sihat

Ada cara tak untuk bantu?

Bila tuan naik baru lembu tu naik

Sumber: Aceh Tribun News@kandangmabesfarm

Amira

Love yourself.