Siakap Keli

2 Perenang Cipta Rekod, Berenang Dengan Tangan Dan Kaki Diikat Di India

INDIA- Dua perenang muda dari Kanpur mencatatkan rekod peribadi apabila berenang sejauh kira-kira tujuh kilometer dengan kaki dan tangan berikat.

Pankaj Jain dan Rohit Nishad menunjukkan kelebihan mereka itu pada 5 Jun di Sungai Ganga.

Menurut Prakash Awasthi, Naib Presiden Persatuan Renang UP, kedua-dua perenang itu berenang bermula dari Atal Ghat ke Sarsaiyya Ghat.

India.com melaporkan ketika aksi itu dilakukan, mereka diawasi oleh pasukan keselamatan yang berjaga dari atas kapal sebagai langkah berjaga-jaga.

Awasthi berkata, Persatuan Reang Daerah akan menganjurkan pertandingan bagi mengingati perenang Padam Kumar Jain dari Atal Ghat ke Siddhanath Ghat iaitu beberapa perenang akan mengambil bahagian.

sumber: India.com

Atiqah Aliah