Siakap Keli
Gambar: TikTok @abang_naz

Bendera Putih: Tak Tahu Nak Beli Apa Nak Bantu Jiran? ‘Search’ Bakul Makanan Di Shopee, Dah Siap Semua

Baru-baru ini, tular di media sosial, kempen bendera putih yang dilancarkan warga net untuk membantu mereka yang memerlukan. Individu yang kurang berkecukupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disarankan mengibar bendera putih di luar rumah sebagai simbolik agar warga cakna dan boleh dibantu segera.

Walaupun begitu, kita masih disarankan untuk duduk di rumah dan kurangkan pergerakan keluar jika tidak perlu untuk mengurangkan kontak fizikal.

Oleh itu, pengguna TikTok @abang_naz ni tunjuk cara yang korang boleh buat untuk bantu individu yang memerlukan tanpa perlu berkunjung ke rumah mereka bagi memberi bantuan asas. Video ini mendapat 88.5 ribu tontonan dan 16.6 ribu sukaan setakat ini.

Dalam video tersebut, lelaki ini menyarankan warga yang ingin menghulurkan bantuan berupa keperluan asas agar order online sahaja melalui Shopee. Korang tinggal search je tiga benda dalam video ni untuk set lengkap keperluan asas, mengikut kemampuan masing-masing.

Kemudian minta maklumat asas seperti nama, alamat dan nombor telefon penerima untuk hantar bantuan tersebut. Dengan cara ni, korang boleh menghulurkan bantuan, dalam masa yang sama mengelakkan kontak fizikal.

@abang_naz

Anda hang perlukan alamat, no telefon, dan nama penerima sahaja. Nak buat suprise pun boleh. #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar

♬ Thousand Years – Valeriya Zahonyayeva

Sumber: TikTok @abang_naz

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.