Siakap Keli

Kek Hari Lahir Jadi Penyelamat 2 Penunggang Basikal Dari ‘Dibaham’ Harimau Bintang

INDIA- Siapa sangka kek hari jadi penyelamat? Dua penunggang basikal diselamatkan oleh kek hari jadi selepas membalingnya ke harimau bintang yang kelaparan.

Firoz Mnasuri dan Sabir dilaporkan membeli kek hari jadi di Nepanagar, lapor Times of India.

Harimau bintang itu yang keluar dari ladang tebu dan mula mengejar mereka yang menaiki basikal itu.

Menurut India Today, Fairuz menunggang basikal dikejar dikawasan kampung yang berlumpur. Sementara Sabir cuba mengimbangkan badannya dengan kek yang dibelinya.

Apabila melihat harimau itu tertarik dengan kek itu, Sabir bertindak melemparkan kotak kek itu ke muka harimau itu.

Selepas dilempar, haiwan itu berlari kembali ke kawasan ladang tebu.

Awalnya Jabatan Hutan tempatan ragu-ragu dengan berita itu. Tetapi dibenarkan para penebang yang pernah menemui haiwan itu.

“Haimau bintang itu mengikuti kami sejauh lebih dari 500 meter. Kami berjaya ‘keluar’ dari kematian,” kata Sabir ketika diwawancara.

Sumber: Today India

Atiqah Aliah