Bila dah namanya kucing, apa sahaja yang dilakukan oleh haiwan comel itu pasti akan ‘menambat hati’ sesiapa yang melihatnya. Walaupun diakui bahawa ia sememangnya sangat nakal namun kehadirannya boleh mengubat dan menghilangkan segala tekanan.
Mungkin ada yang belum tahu, ada sesetengah kucing yang sebenarnya boleh menjadi ‘penyanyi’. Haa, jangan pelik sebab ia betul-betul berlaku.
Menerusi video yang tular di Facebook, seorang pemuzik yang dikenali sebagai The Kiffness dilihat ‘berkolaborasi’ dengan seekor kucing yang tular kerana suaranya yang lucu ketika meminum susu.
Kucing yang dikenali sebagai Numnum cat itu tular sejak beberapa minggu yang lalu dan suaranya itu mencipta satu rentak yang ‘serasi’ jika dimainkan dengan alat muzik.
Sementara itu, remix yang dilakukan oleh The Kiffness itu kedengaran sangat mengujakan dengan iringan suara kucing itu secara berterusan.
Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 9.1 juta tontonan di Facebook dengan 150 ribu perkongsian.
Warganet dari seluruh dunia memuji remix tersebut dan tidak menyangka bahawa kucing itu boleh ‘menyanyi’.
I want the album
Calm my anxiety
Sumber: The Kiffness