Siakap Keli
Gambar: @pakde.brengos

(Video) Majlis Kecoh, Pengantin Lelaki Dilapor Tiba-Tiba Ceraikan Isteri Selepas Akad Nikah

Saat ijab dan kabul merupakan detik bermakna dalam kehidupan seseorang. Pun begitu, seorang lelaki di Nusa Tenggara Barat, Indonesia mengejutkan orang ramai apabila melafazkan talak kepada sang isteri sebaik sahaja akad nikah dijalankan, lapor sumber.

Menurut SuaraJogja.id, tindakan lelaki itu telah menyebabkan kekecohan di hari perkahwinannya apabila keluarga pengantin wanita mengamuk menyaksikan perkara tersebut.

Berkongsi semula video berdurasi 1 minit 45 saat dimuatnaik @pakde.brengos, portal itu menceritakan saat lelaki berkenaan memegang tangan pengantin perempuan dan menarikkan kerusi buat wanita itu di meja ijab kabul.

Beraksi lagaknya suami mithali, lelaki itu membetulkan gaun pengantin perempuan yang terjuntai ke lantai sebelum dia duduk.

Melalui video tersebut, pengantin perempuan ditanya sama ada ingin meminta mahar ataupun tidak, bagaimanapun dia menjawab “Tidak” sebanyak dua kali.

Video kemudian terus memaparkan ketika pengantin lelaki hendak menandatangani sebuah dokumen tanpa menunjukkan saat melafazkan ijab dan kabul.

Namun, selepas meletakkan pen, pengantin lelaki kemudiannya mengambil mikrofon dan terus melafazkan talak di hadapan orang ramai.

Tidak membuang masa, seorang lelaki dipercayai ahli keluarga pengantin perempuan menyerang lelaki tersebut sehingga berlaku pergelutan antara keduanya.

Pun begitu, motif sang mempelai lelaki menceraikan wanita itu tidak diketahui, tulis portal berkenaan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lambe_gosip (@pakde.brengos)

Sumber: Suara.jogja.id

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.