Siakap Keli

(Video) Suami Selamatkan Isteri Dari Kebakaran Dengan Panggilan Interkom

AMERIKA SYARIKAT (AS)- Seorang suami menyelamatkan isterinya dari satu kebakaran dengan menggunakan interkom.

Menurut New York Post, kawasan Bandar Oregon, Oregon terbakar dan menyebar ke kawasan perumahan.

Jiran-jiran memaklumkan kepda Aaron Hulse mengenai kebakaran tersebut. Namun, dia dan isterinya tidak bersama ketika itu, dia berjarak kira-kira lapan batu dari rumahnya.

Hulse bertindak memanggil isterinya menggunakan interkom bagi mengejutkan isterinya sedang tidur.

Sarah terbangun dan menjawab panggilan suaminya, terdapat juga seekor anjing bersama Sarah ketika itu. Tidak dipastikan apa yang terjadi seleaps itu.

Dalam video tersebut turut menunjukkan kebakaran itu menghampiri rumah mereka dan sebuah lori bomba tiba di tempat kejadian.

Sumber: New York Post

Atiqah Aliah