Mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas sudah pasti menjadi impian setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan mengamalkan diet yang sihat.
Bagi yang ingin mencapai berat badan ideal, sudah pasti diet tinggi protein dan rendah lemak menjadi keutamaan. Walaupun begitu, masih ramai yang rasa makanan diet ni hanya untuk orang ‘ada-ada’ dan rasa tak mampu bagi yang berpendapatan cukup-cukup ni.
Tapi korang tahu tak, sebenarnya korang boleh sediakan hidangan macam ni dengan hanya keluar kos RM3 je sepinggan. Dengan bajet RM3 je, korang dah boleh dapat hidangan seimbang yang sangat sesuai dipraktikkan kalau nak turunkan berat badan.
Melalui akaun TikTok @coachamin, Coach Amin kongsi ‘resepi’ makanan yang boleh korang ambik untuk misi kurus korang. Apa yang bestnya, bahan-bahan ni korang boleh dapat kat pasaraya dengan harga yang sangat terjangkau. Jadi lepas ni tak ada la alasan nak amalkan makan sihat.
Nak tahu apa ‘resepi’ makanan diet bajet Coach Amin ni, tengok video di bawah.
@coachamin Reply to @syazrulhisyamzz #loading #magnifiedeyes #perfumedance #intanpayung #savagelove
Sumber: TikTok @coachamin