Subang Jaya, 24 Jun 2021 – Ecovitta mendedahkan mesin pembersih stim berevolusi EC01S – penyahkuman, pembersihan dan penyegaran yang lebih efisien tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya. Model terbaharu ini sesuai bagi mereka yang sensitif atau alah kepada bahan pembersih kimia; mengalami masalah resdung atau asma terutama bagi keluarga yang mempunyai bayi, kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Stim ultra-suhu, ultra-kering EC01S membunuh sehingga 99.9% virus dan bakteria, menjadikan ia sebuah alat penting yang perlu ada semasa pandemik COVID-19 dan selepasnya.
Semasa pandemik COVID-19, usaha untuk menyahkuman setiap objek yang dibawa masuk ke dalam kediaman memberikan perubahan yang ketara dalam kehidupan harian. Namun, ia juga boleh menjadi amat remeh, menyerabutkan dan mengambil masa yang lama.
Ecovitta EC01S adalah jawapan anda. Hanya masukkan air ke dalam mesin ini bagi mendapatkan stim berkuasa dan ultra-kering di bawah tempoh 30 saat. Pada suhu melepasi keperluan untuk membunuh 99.9% kuman, Ecovitta adalah alat ideal untuk menyahjangkit dengan cepat dan berkesan. Letakkan Ecovitta anda di pintu masuk untuk menyahkuman bungkusan penghantaran dengan pantas dan efektif. Mesin ini juga sesuai digunakan untuk menyahkuman barangan peribadi dan pakaian. Ia juga memberikan ketenangan minda serta memastikan kesihatan dan keselamatan anda sekeluarga.
Mesin pembersih semua-dalam-satu ini didatangkan dengan tujuh alat tambahan bagi mempelbagaikan fungsi penggunaan tanpa tandingan – termasuk kepala lantai yang sesuai untuk pelbagai permukaan; berus dan tapak luncur bagi permaidani; muncung penyeka bagi cermin dan tingkap; muncung utiliti untuk pembersihan atas ruang lantai dan muncung pemesong bagi pembersihan yang tepat. Gandingkan alat-alat tambahan ini dengan kain microfiber yang direka khas untuk melonggarkan dan menyingkirkan kotoran daripada permukaan – membenarkan anda membersih dan menyahkuman dalam satu pergerakan.
Mesin EC01S sesuai untuk pelbagai permukaan termasuk permaidani, berkayu, marmar, jubin, sofa, katil, kaca dan sebagainya. Ini menjadikan ia mesin ideal bagi membersihkan sebarang sudut kediaman anda seperti bahagian dapur, dapur gas, sinki, bilik air, tilam, malah alat permainan. Rasai pengalaman pembersihan luar biasa, EC01S akan menghasilkan kediaman yang segar dan bebas daripada kekotoran dan kuman.
Bermatlamat untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan, Ecovitta berhasrat untuk mencipta produk-produk yang lebih sihat kepada pelanggan, insan tersayang mereka serta bumi. Menggunakan hanya air, EC01S tidak menggunakan sebarang bahan pembersih kimia, serbuk, cecair dan sebagainya. Ini mengurangkan kesan menghidu bahan-bahan kimia ini terhadap kesihatan, serta mengurangkan impak kepada alam sekitar ekoran ketiadaan penghasilan sisa kimia. Pada masa sama, pelanggan juga mampu menikmati penjimatan kerana tidak perlu lagi membeli produk-produk pembersihan yang akhirnya akan turun ke longkang.
Lebih berkuasa berbanding sebelum, teknologi penghasilan stim secara pantas EC01S menghasilkan stim ultra-kering di bawah tempoh 30 saat. Bersama tangki air 800ml yang besar, alat pembersih stim ini mampu menjana stim berkuasa selama sehingga 50 minit dengan lancar. Anda hanya perlu menambah air untuk menggunakan ia semula.
Direka dan dibangunkan di United Kingdom, dan dijual di 22 negara, Ecovitta bertujuan untuk mengubah cara kita menjaga kediaman dan alam sekitar. Sejak tahun 1980an, Ecovitta telah menghasilkan dan menjual lebih satu juta alat pembersih stim di seluruh dunia.
“Sejak beberapa dekad lalu Ecovitta telah menginovasi teknologi stim. Ini telah menjadikan kami sebagai satu nama yang dipercayai industri sebagai satu jenama dan Pengeluar Peralatan Asli (OEM) bagi jenama-jenama terkemuka dunia seperti Hoover, Oreck, Morphy Richards, Bork, dan pelbagai lagi. Kami amat berbangga untuk mengumumkan pelancaran Ecovitta di Malaysia. Model EC10S kami ini direka untuk menyahkuman, membersih dan menyegarkan permukaan dalam satu penggunaan. Tukar alat tambahan yang disediakan ia secara terus menggantikan pelbagai alat dan produk pembersihan biasa. Model terbaharu ini merupakan sebuah mesin semua-dalam-satu yang direka untuk membuatkan kerja-kerja pembersihan lebih mudah dan sihat – satu alat penting bagi setiap kediaman dan keluarga dalam usaha kita menangani pandemik COVID-19 bersama-sama,” jelas En Hashim Muhammad, Ketua Pegawai Eksekutif Ecovitta Sdn Bhd.
“Dengan kadar pencemaran udara dan bahan toksin pada alam sekitar semakin meningkat, terdapat peningkatan keperluan untuk mencari kaedah pembersihan yang bersifat mesra alam. Toksin-toksin yang ditemui dalam produk-produk pembersihan dikenali untuk mencetuskan alahan, menyebabkan reaksi sensitif dan melemahkan sistem imun tubuh. Atas faktor-faktor demikian produk kami ini dikuasakan oleh hanya air, dalam bentuk stim, untuk membersih secara berkesan tanpa penggunaan sebarang bahan kimia. Stim ultra-kering dan bersuhu tinggi ini membolehkan rangkaian produk Ecovitta untuk membunuh sehingga 99.9% kuman, bakteria dan virus tanpa kesan sampingan negatif penggunaan bahan kimia berbahaya,” tambah En Hashim.
Untuk meraikan pelancaran Ecovitta EC01S di Malaysia pada Julai 2021, Ecovitta Sdn Bhd menawarkan pelanggan diskaun 40% sepanjang tempoh prapelancaran, mulai 16 Jun 2021 hingga 6 July 2021. Model Ecovitta EC01S dijual pada harga RM1,299 seunit (RM779 selepas diskaun) dan boleh didapati di laman www.ecovitta.com.my. Penghantaran adalah percuma dengan tempoh percubaan 90 hari tanpa risiko dan jaminan pulangan tunai.