Siakap Keli
Foto: Qaseh Lieysa

Gigih Buat Roti ‘Bear Sosej Cheese’ Tengah Tidur, Tapi Lain Pula Jadinya Sampai Ramai Terhibur

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi ‘trend’ para ibu berkongsi gambar roti homemade pelbagai bentuk dan rupa. Paling popular roti berbentuk bear.

Mana taknya, bear atau beruang ini kan selalu dikaitkan dengan kecomelan mereka. Bukan itu sahaja, anak-anak juga suka. Selain daripada roti yang gebu dan lembut, gaya hiasan dan persembahan roti yang lahir daripada kreativiti  pembuatnya juga menjadikan ia semakin berselera untuk dinikmati.

Tetapi lain pula kisah si pembuat roti ini, Qaseh Lieysa yang dikatakan gagal apabila rotinya tidak menjadi dan ia dijadikan ‘bahan’ para warganet.

“Gigih buat Roti Bear Sosej Cheese tengah tidur. Korang jangan salah paham ye. Bila masak dough roti mengembang masuk dalam oven jatuh pulak selimutnya alahai…”

Rata-rata warganet terhibur dengan hiasan yang tak menjadi roti ini. Ada yang menjadikan rupa roti ini sebagai bahan jenaka.

“Sesuai buat gift majlis berkhatan”

“Beratur nak kena sunat agaknya”

“Ni baru Roti Boy”

“Punca saya tak buat roti…”

“Kalau masuk oven, kan panas tu pasal dia buka selimut”

 

Sumber: Qaseh Lieysa

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.