KUALA LUMPUR – 7 JULAI 2021 – Hari ini Infinix akan melancarkan Siri Hot 10S yang terbaru, peranti gaming dan hiburan yang dinanti-nantikan menjadi tambahan kepada portfolio Hot 10. Infinix Hot 10S menetapkan standard baharu untuk kuasa, inovasi dan gaya dengan menggabungkan teknologi pemprosesan yang canggih dengan prestasi bateri yang tahan lama, tiga kamera dengan pengimejan Super Nightscape dan paparan ultra-licin, yang dilengkapkan ke dalam reka bentuk menakjubkan yang diilhamkan daripada alam semula jadi.
Siri Hot 10S menampilkan perisian enjin pengoptimum Dar-link Infinix yang meningkatkan paparan grafik dan sensitiviti skrin dengan keupayaan pembelajaran sendiri algoritma AI yang meminimumkan masa lagging. Dengan lebih daripada 2.7 bilion pemain permainan mudah alih dijangka menjelang 2023, telefon pintar Hot 10S dilengkapi dengan chipset MediaTek Helio G85 untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengalaman permainan yang dipertingkatkan.
“Apabila mereka bentuk Siri Hot 10S, matlamat kami adalah untuk menetapkan standard baharu untuk hiburan mudah alih,” kata Vincent Pong, Pengarah Pemasaran Kanan, Infinix Mobility Limited – Malaysia. “Setiap aspek Siri Hot 10S telah dibuat dengan teliti untuk pengalaman pengguna yang terbaik – dari cip pemprosesan Helio G85 yang terbaik dari MediaTek, kepada paparan yang lancar dan sangat responsif dan penggunaan bateri tanpa henti yang dioptimumkan untuk tontonan dan bermain tanpa gangguan.”
Melangkah lebih jauh dengan inovasi
Siri Hot 10S mengimbangi reka bentuk inovatif dan menakjubkan dengan ciri-ciri dan fungsi yang menakjubkan untuk memberikan pengalaman visual yang terbaik untuk pengguna pada harga yang berpatutan:
- Chipset MediaTek Helio G85: Chipset ini memberi prestasi yang kuat sambil memaksimumkan hayat bateri untuk pengalaman permainan yang unggul. Memanfaatkan teknologi pengurusan tenaga dinamik yang inovatif, penyambungan yang dikuasakan oleh Helio G85 MediaTek membawa masa tindak balas yang singkat dan frame rate yang lebih cepat. Sekaligus memberi sambungan yang konsisten, stabil dan boleh mengurangkan masa lagging dengan ketara.
- Paparan Buttery-Smooth: Mempunyai paparan canggih HD+ 6.82″ dengan kadar segar semula 90Hz, pengguna mendapat pengalaman tontonan yang lancar apabila menonton kesan visual CGI terkini. Kadar sentuhan sampel 180Hz menyampaikan responsif yang optimum, dan pengecaman wajah intuitif untuk peranti yang lebih cepat, selamat, dan lebih mudah diguna.
- Bateri 6000mAh: Bateri yang mengagumkan ini menawarkan 76 jam masa panggilan dengan satu cas. Dipertingkatkan oleh teknologi Power Marathon penjimatan kuasa yang menyediakan kuasa tambahan 25% sebaik sahaja bateri turun kepada 5%, pemain tidak perlu lagi memikirkan tentang penutupan sebab bateri semasa bermain, atau notifikasi bateri rendah semasa panggilan video.
- Tiga kamera HD 48MP dilengkapi AI: Buat pertama kalinya dalam portfolio HOT, Hot 10S datang dengan kamera belakang HD 48MP, kamera AI dan kamera depth 2MP dengan Flash Ciri Super Nightscape yang baharu membolehkan pengguna mengambil gambar yang mengagumkan dalam senario gelap/cahaya rendah manakala rakaman video resolusi 2K merakam video true-to-life yang sebenar.
- Perisian Maju: Teknologi pemprosesan Audio DTS membantu meningkatkan kesan bunyi semasa permainan. Pengguna boleh menyesuaikan kesan bunyi untuk pengalaman kualiti bunyi yang lebih baik dalam permainan, muzik dan filem. Infinix XO7.6 adalah berdasarkan Android 11 dengan antara muka yang segar dan lebih bijak daripada pendahulunya.
- Dar-link Ultimate Game Booster: Hot 10S menggabungkan perisian enjin pengoptimum Infinix, Dar-link Ultimate Game Booster, yang berfungsi dengan perkakasan peranti ini untuk meningkatkan kestabilan imej grafik dan sensitiviti skrin.
- Reka Bentuk Yang Dinaik Taraf: Hot 10S mengguna pakai perintis Laser Micron Lithography Technology untuk memberi penampilan kilauan yang indah hasil inspirasi daripada Salar de Uyuni di Bolivia. Dengan smooth-edges dan kamera selfie bawah paparan, Hot 10S adalah peranti permainan dan hiburan yang paling didambakan setakat ini.
- Privasi Pengguna yang Terjamin: Dengan perlindungan data pengguna dan privasi sebagai keutamaan, dua sistem utama telah dilengkapkan ke dalam Hot 10S. X-Proof menjamin skrin dari belakang supaya skrin pengguna tidak diganggu semasa di khalayak ramai, di samping itu, semua data pengguna pada peranti kekal pada peranti dan tidak dimuat naik ke awan. Dalam era di mana privasi lebih meluas berbanding sebelum ini, Infinix telah mengambil langkah tambahan untuk menjaminkannya.
Pengalaman hiburan telefon pintar terhebat dengan Helio G85 MediaTek
Hot 10S adalah yang pertama dalam sirinya yang dilengkapi dengan chipset Helio G85 MediaTek untuk memberikan prestasi cemerlang bagi pengemar permainan mudah alih. CPU octa-core menampilkan dua CPU Arm Cortex-A75 yang beroperasi sehingga 2GHz dan enam pemproses Cortex-A55 yang beroperasi sehingga 1.8GHz, disambung oleh cache L3 yang besar untuk prestasi yang lebih baik.
- HyperEngine MediaTek menggabungkan pelbagai teknologi untuk meningkatkan pengalaman permainan secara keseluruhan dengan prestasi yang berterusan untuk tempoh yang lebih lama. Dengan ciri ini, pemain boleh mengharapkan prestasi yang lebih utoma dalam enjin permainan, utomat-sama dengan pengurusan dinamik pintar CPU.
- Sokongan SIM Dwi 4G menyediakan kualiti panggilan suara dan video yang luar biasa melalui perkhidmatan VoLTE / ViLTE, utomat-sama dengan masa penyediaan sambungan yang lebih cepat, liputan yang lebih dipercayai dan penggunaan kuasa yang lebih rendah daripada mana-mana sambungan SIM.
- Chipset ini juga menampilkan keupayaan bangun dengan menggunakan suara yang dibina ke dalam (VoW) yang meminimumkan kuasa aplikasi dalam OS Android, seperti Google Assistant.
Kualiti tiga kamera 48MP yang padu
Hot 10S menampilkan potret AI yang meningkatkan kamera depan 8MP untuk menangkap imej tajam yang seperti menggunakan kamera utomaticl. utomatic adalah yang pertama dalam siri HOT untuk menawarkan utomatic penjejakan mata, video auto kabur dan pengindahan muka, memberi kuasa kepada pengguna untuk merakam gambar yang sempurna.
Hot 10S juga mempunyai kamera HD belakang 48MP yang membolehkan pengguna mengambil imej dan video yang mengagumkan pada siang dan malam. Rakaman perlahan 240FPS juga membantu pengguna menangkap pergerakan yang utoma untuk rakaman aksi yang sempurna.
Main sepanjang hari dengan bateri yang tahan lama
Untuk memberi pengguna dengan pengalaman permainan tanpa henti, Hot 10S dilengkapi dengan kapasiti bateri 6000mAh. Berdasarkan ujian dari makmal data Infinix, Hot 10S mampu bertahan selama 62 hari, 182 jam main muzik, 17.3 jam permainan berterusan atau 76 jam panggilan pada cas yang penuh.
Teknologi Safe-Charge yang tersedia memastikan kuasa dimatikan secara utomatic sebaik sahaja peranti dicas sepenuhnya untuk mengelakkan terlalu panas dan membazirkan tenaga, manakala teknologi Power Marathon menyumbang kuasa tambahan 25% apabila bateri rendah – memberikan 3.5 jam masa panggilan tambahan untuk pengguna.
Harga dan Ketersediaan
Siri Hot 10S akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee di mana pengguna boleh ‘add to cart’ bermula hari ini, dan ia akan dijual bermula 13 Julai 2021. Siri ini boleh didapati dalam dua versi – 4GB + 64 GB dan 4GB + 128 GB, masing-masing berharga RM 499 dan RM 549. Versi standard datang dalam dua warna: 95° Hitam dan Morandi Green.
Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S.
Dengan itu, Infinix akan mengadakan promosi eksklusif pada 13 Julai 2021 jam 3 petang melalui Shopee Live, di mana pengguna berpeluang untuk memenangi satu-satunya penutup belakang edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB di Malaysia! Bukan itu sahaja, pelanggan juga layak untuk mendapat casing telefon MLBB estetik apabila membeli Hot 10S. *sementara stok masih ada
Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, layari laman web Infinix Malaysia, laman Facebook, laman Instagram dan Kedai Rasmi Shopee.