Memetik laporan media Indonesia, Artis Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dinyatakan positif dadah jenis syabu berdasarkan daripada ujian air kencing yang dilakukan pihak berkuasa.
Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya berkata, pasangan itu mengakui mengambil dadah selama lima bulan yang lalu termasuk pemandu peribadi mereka. Justeru itu, pihak polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat menghisap syabu.
Selain itu, pemandu peribadi suami isteri tersebut turut didakwa mengambil syabu dan sudah ditahan lebih awal daripada pasangan tersebut.
Nia Ramadani pernah popular di Malaysia yang tampil sebagai watak Bawang Merah dalam Sinetron Bawang Putih Bawang Merah bersama Revalina S. Temat.
Sumber: Suara.com