Siakap Keli
Gambar: Shafinaz Shariff

(Video) Gayat Tengok, Lelaki ‘Berhati Kering’ Dirakam Panjat Balkoni Apartmen, Dipercayai Di Johor

Satu video yang memaparkan aksi seorang lelaki memanjat balkoni sebuah rumah apartment telah menjadi tular di media sosial.

Menurut perkongsian daripada pengguna Facebook yang bernama Shafinaz Shariff, kejadian itu berlaku di sebuah apartment yang didakwa terletak di Johor Bahru.

Terdapat dua video di dalam perkongsiannya itu. Video pertama memaparkan lelaki tersebut memanjat balkoni rumah apartment itu dari satu tingkat naik ke tingkat yang lain.

 

 

Sesudah sampai ke salah satu tingkat apartment tersebut, dia tampak seakan mencuba untuk membuka sliding door salah sebuah rumah di apartment berkenaan dan masuk ke dalamnya.

Video kedua pula memaparkan lelaki itu turun ke tingkat bawah dengan memanjat balkoni apartment berkenaan.

 

 

Setelah sampai di salah satu rumah apartment tersebut, dia telah membuka sliding door dan terus meluru masuk ke rumah berkenaan.

Tidak dapat dipastikan berkenaan apa motif lelaki berkenaan dan apa yang sedang dicarinya.

Namun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, ianya telah mendapat ratusan ribu tontonan dan lebih 7 ribu perkongsian.

Sumber: Shafinaz Shariff

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.