Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Membadai Hampir Seluruh Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 10 malam ini.

Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 6.25 petang tadi. Berikut di bawah adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:-

  • Perlis: seluruh negeri
  • Kedah: seluruh negeri
  • Perak: seluruh negeri
  • Pulau Pinang: seluruh negeri
  • Kelantan: seluruh negeri
  • Terengganu: Besut & Setiu
  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis & Raub
  • Johor: Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi & Johor Bahru
  • Sarawak: Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau), Sibu, Kapit (Song, Kapit, Belaga), Bintulu (Tatau, Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri, Marudi) & Limbang
  • Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran) & Kudat (Kudat)
  • WP Labuan: seluruh wilayah

Sumber: METMalaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.