Siakap Keli

Kenapa Perlu Menyewa Rumah Jika Beli Lebih Menguntungkan? Ini Perkara Penting Korang Wajib Tahu

Memiliki sebuah rumah adalah impian semua orang terutamanya mereka yang sudah berumahtangga. Tetapi, mengambil kira tentang harga pasaran hartanah kini dan pendapatan bulanan, membuatkan ramai yang terpaksa memendam sahaja impian itu.

Tidak dinafikan, urusan pembelian rumah ini bukanlah mudah kerana ia melibatkan komitmen jangka masa panjang selain perlu mengambil kira beberapa kriteria seperti lokasi, fasiliti dan sebagainya.

Jadi, SK nak kongsikan 3 ‘checklist’ yang wajib diambil kira oleh semua sebelum membeli rumah terutamanya kalau ini rumah pertama korang. Ingat, keputusan yang salah akan merugikan duit poket sendiri.

1. Pastikan lokasi rumah strategik

Part ini sangat penting, apabila memilih kawasan perumahan untuk dibeli, korang mestilah kena ambil tahu ianya terletak di lokasi yang strategik. Bukannya apa, rumah yang dekat dengan pelbagai kemudahan dan rekreasi seperti pusat membeli belah, sekolah, hospital dan sebagainya ini memudahkan kehidupan seisi keluarga.

Paling best kalau kawasan perumahan korang tu ada akses yang mudah ke lebuhraya. Manalah tahu kalau ada kecemasan, keluar je dari kawasan perumahan itu terus ke jalan utama.

2. Rumah dengan fasiliti lengkap & kawalan keselamatan unggul

Kriteria ini penting tetapi sering diabaikan dalam pemilihan rumah. Bila dah duduk, baru rasa menyesal sebab rumah yang dibeli tiada fasiliti menarik.

Korang tahu tak rumah yang dikelilingi dengan persekitaran yang indah boleh menenangkan fikiran? Ha, oleh itu pilih rumah yang mempunyai landskap luas dan cantik, taman permainan, tasik untuk beriadah bersama keluarga pada waktu petang.

Paling ‘best’, rumah ini dilengkapi dengan ‘private garden’. Jadi, kat sini korang boleh menghabiskan masa bersama family dan kawan-kawan dengan buat BBQ. Nak isi masa terluang dengan berkebun pun boleh, anak-anak nak bermain pun senang sebab kawasan luas dan selamat.

Selain fasiliti, kriteria keselamatan ini paling penting untuk diambil kira kerana banyak kejadian rompakan di rumah yang berlaku sekarang sehingga mengorbankan nyawa. Jangan ambil remeh, sebab keselamatan yang longgar memberi peluang kepada penjenayah bertindak.

Sebab itu, pentingnya untuk korang pilih rumah yang mempunyai sistem kawalan keselamatan terbaik iaitu dilengkapi dengan pengawal keselamatan di kawasan perumahan supaya penjenayah tidak sewenangnya menceroboh.

Untuk lagi selamat dan ‘privacy’, korang sebagai pemilik je mendapat kad akses untuk keluar masuk dengan setiap rumah mempunyai sistem penggera keselamatan serta sistem suara intercom.

3. Kos pengubahsuaian rumah rendah

Kali pertama lihat terus jatuh cinta. Percayalah sebab rekaannya sangat sesuai dengan harga yang mereka tawarkan. Rekaan moden dan kontemporari dibina bagi memberikan kepuasan serta nilai estetika tinggi untuk korang yang inginkan kehidupan premium.

Bukan itu je, terdapat ruangan yang besar dan luas bukan itu sahaja, ruangan dapur yang besar juga memainkan peranan penting. Para suami tak perlulah pening kepala memikirkan kos yang tinggi untuk tambah ruang dapur lagi kan?

Selain itu, jubin premium berukuran 2×2 untuk gaya urban yang mewah dipasang di semua lantai di tingkat bawah serta ruang tamu.

Bagi menampakkan design yang lebih moden, lantai kayu lamina (laminated floorboard) dipasang di semua bilik tidur dan ruang keluarga di tingkat 1. Nampak class sangat! Tak perlu nak ubah apa-apa lagi.

Cuma perlu beli atau pindahkan perabot anda masuk segera tanpa perlu keluarkan kos pengubahsuaian yang besar. Jimat kos.

Dah jelas dengan semua point di atas kan? Ni kami nak kongsi kawasan perumahan termewah dengan harga ‘booking’ serendah RM500! Pernah dengar Clover Resort dekat Bandar Sri Sendayan?

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini menyebabkan harga rumah melonjak naik. Sebab itulah pentingnya memilih pemaju terbaik yang menawarkan harga tempahan awal yang rendah kepada pembeli.

Projek di bawah Matrix Concepts (MATRIX) ini menawarkan harga tempahan awal untuk projek perumahan terbaru mereka dengan harga serendah RM500! Menariknya, ketiga-tiga checklist atas tu semuanya ada pada Clover Resort ni. Jadi, korang perlu bijak mencari pemaju seperti ini kalau nak untung dan untuk elakkan kos-kos lain yang tersembunyi ye. Fuh, memang berbaloi.

Seperti kawasan perumahan Clover Resort ini, penuh dengan laluan jaringan akses untuk keluar. Paling best, ia terletak di tengah-tengah bandar Sri Sendayan. Orang kata macam, satu dalam semua. Best! Paling seronok kalau di Clover Resort, kawasan perumahan ini menyediakan macam-macam fasiliti seperti tempat untuk BBQ, taman permainan kanak-kanak, kawasan gym dan macam-macam lagi.

Untuk pengetahuan korang semua di kawasan perumahan Clover Resort ini berdekatan dengan d’Tempat Country Club. Jadi kalau korang salah seorang penghuni di kawasan tersebut, korang boleh menikmati fasiliti yang disediakan di sini.

Jika korang dah ready nak jadi ‘resident’ Clover Resort ni, korang akan menikmati 8 tahun keahlian ‘istimewa’ secara percuma akan diberikan dengan bayaran ‘booking’ rumah sebanyak RM500, pengecualian duti setem serta BERMACAM lagi! Berbaloi betul!

Untuk maklumat lanjut, layari dan daftar sekarang  di Clover Resort Residence. Korang juga boleh layari Facebook Matrix Concepts Holdings Berhad untuk mengetahui sebarang promosi terkini.

 

*Tertakluk pada terma & syarat

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.