Kementerian Kesihatan (KKM) memohon maaf atas kekeliruan mengenai situasi sebenar di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam sehingga menimbulkan salah faham orang ramai.
Menerusi hantaran di laman Facebook, KKM mengakui ktiga-tiga gambar yang dikongsikan pihaknya adalah diambil pada hari yang sama.
”Kami memohon maaf atas kekeliruan sehingga menimbulkan salah faham orang ramai terutama petugas-petugas kesihatan di lapangan.
”Berlaku sedikit kekeliruan berkenaan situasi sebenar di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam yang dimuatnaik, semalam.
”Ketiga-tiga gambar yang dikongsi KKM adalah diambil pada hari yang sama, Khamis, 8 Julai 2021,” katanya pada Jumaat.
Jelas KKM, gambar keadaan yang sesak adalah pada waktu tengahari berikutan kehadiran pesakit covid-19 dari kategori 1 dan 2.
”Situasi di sebelah pagi adalah terkawal dan lengang. Namun, situasi mula sesak pada waktu tengahari dengan kehadiran pesakit positif COVID-19 untuk penilaian lanjut.
”Sebahagian besar pesakit COVID-19 pada hari berkenaan dari kategori 1 dan 2,” katanya.
Justeru itu, KKM menasihatkan individu yang positif untuk datang pada sebelah pagi bagi mengelakkan kesesakan berikutan proses penilaian mengambil sedikit masa.


Sumber: KKM