Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Dilantik Menjadi Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik menjadi Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan memaklumkan, Jemaah Menteri bersetuju Tengku Zafrul memikul tanggungjawab untuk memantau pelaksanaan strategi dan bantuan, serta mengambil langkah intervensi yang proaktif serta bersesuaian dengan situasi COVID-19.

“Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai PNN (JKKPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat turut bersetuju untuk memperkukuhkan lagi beberapa bentuk kerjasama dengan pakar-pakar,” maklumnya, memetik laporan Awani.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Sumber: Awani

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.