Siakap Keli

Misi Bantuan Ihsan : Panggilan Pulau Ke Pulau Redang Dan Pulau Perhentian Oleh Mapim Malaysia

PUTRAJAYA: 8 Julai – Dalam suasana pandemik COVID-19 ini, terdapat ramai masyarakat yang terjejas dari segi kewangan dan keperluan harian bagi meneruskan kehidupan. Terutamanya bagi kawasan yang menjadi destinasi percutian seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian ini sudah tentu terkesan berikutan penutupan sektor pelancongan.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) sejak dari PKP 1 telah berjaya mengagihkan bantuan kepada 250,118 keluarga melibatkan bantuan kotak makanan, khidmat van ambulance percuma, khidmat kaunseling dan stress healing, bantuan menyelesaikan sewaan rumah tertunggak kepada kumpulan yang terdesak, bantuan pek makanan panas, pembinaan 15 rumah asnaf, kerusi roda serta katil medikal dan juga khidmat Double-decker Mobile Clinic percuma. Semua bantuan ini digerakkan menerusi sumbangan orang ramai kepada MAPIM Malaysia atas kepercayaan kerja peduli Ummah yang berjaya dilakukan dalam negara.

’’Menerima panggilan daripada Menteri Agama, memaklumkan keperluan bantuan untuk 700 keluarga di kedua-dua pulau, saya mula resah dan sayu. Lantas saya hubungi KPj Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk pergerakkan dan beliau menyokong penuh serta hubungkan saya kepada Pengarah APM Terengganu. Alhamdulillah, dalam masa 24 jam team MAPIM Malaysia berjaya sampai ke kedua pulau ini setelah mendapat kelulusan dan pengetahuan Kerajaan Negeri Terengganu untuk bantuan lebih dari 12 tan bantuan melibatkan keseluruhan penduduk kedua-dua pulau yang dianggarkan lebih 700 keluarga ini.” menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia merangkap Ketua Misi Bantuan Khas 2 Pulau ini, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery.

MAPIM Malaysia melancarkan Misi Bantuan Ihsan : Panggilan Pulau ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu (APM). Biarpun bantuan ini bukanlah segalanya namun sekurangnya dapat meringankan beban keluarga di sana

MAPIM Malaysia menghantar 1000 kotak bantuan, 500 set lampin bayi, dan 500 set susu pelbagai serta bantuan asas lainnya. Semua maklumat adalah berdasarkan penelitian awal lapangan oleh pihak advance team MAPIM Malaysia dan juga APM Terengganu. Cabaran utama adalah logistik dari jeti ke kedua pulau namun berjaya diuruskan atas sokongan kerjasama penggunaan aset laut APM dan dibantu APMM.

Sementara itu, YAS Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memberikan sepenuh sokongan serta memaklumkan pergerakan Misi Bantuan Ihsan ini merupakan bukti kerjasama badan NGO MAPIM Malaysia dan APM dalam menyantuni masyarakat yang terkesan untuk dibantu segera dalam Malaysia. Tambah beliau MAPIM Malaysia merupakan NGO yang sangat dedikasi serta banyak membantu agensi dalam sumbangan kotak bantuan samada ketika bencana mahupun bantuan harian kepada pesakit covid dan asnaf. Beliau turut memuji cara kerja MAPIM Malaysia yang terkenal dengan sistematik, bertindak pantas serta bekerjasama dengan banyak agensi untuk meringankan beban ujian mereka yang memerlukan.

Tambah beliau,  pengalaman MAPIM Malaysia yang terlibat dalam pelbagai misi memudahkan kerjasamq untuk memahami SOP yang perlu dipatuhi. Biarpun aktivis kemanusiaan MAPIM merupakan anggota bersekutu APM namun mereka tetap diwajibkan untuk melakukan ujian berkala Swab Test sebelum bertolak serta sebelum ke kawasan lainnya sebagai SOP ketat disamping menghadkan jumlah anggota.

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi 

Akaun Maybank 

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Siti Fatimah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.