Siakap Keli
Gambar hiasan | Google

Bantuan Barangan Dapur RM100 Selama 3 Bulan, Ini Cara Nak Semak Status Kelayakan

Baru-baru ini kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi (PEMERKASA) melaksanakan PRIHATIN Kasih sebagai inisiatif membantu isi rumah yang memerlukan bantuan makanan.

Di bawah PRIHATIN Kasih ini, penerima yang layak akan menerima bantuan RM100 selama tiga bulan yang akan dikreditkan terus ke akaun kad pengenalan (MyKad).

Dengan inisiatif ini, penerima boleh menggunakan wang tunai tersebut untuk membeli barangan keperluan asas rumah di kedai-kedai runcit yang berhampiran.

Menariknya, pembelian ini sah dan boleh digunakan di 300 rangkaian kedai runcit terpilih di seluruh negara termasuklah 99 Speedmart, Mydin dan lain-lain.

Berikut adalah cara untuk memohon:-

1) Pergi ke laman sesawang JMyKasih di https://www.mykasih.com.my untuk membaca informasi dan permohonan.

2) Semak status bantuan PRIHATIN Kasih di bahagiana SEMAK STATUS dalam kotak merah, seperti yang tertera di skrin.

3) Nyatakan nombor kad pengenalan & masukkan kod Captcha di ruang untuk semakan status.

 

Bagi mengetahui cara-cara permohonan, semakan status pendaftaran syarat-syarat, boleh rujuk di pautan INI.

Untuk info lanjut, bolehlah rujuk di laman sesawang MyKasih di SINI.

Sumber: MyKasih

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.