Siakap Keli

Kilang Pemproses Makanan Terbakar, Lebih 50 Orang Maut Terperangkap Dalam Kilang

BANGLADESH- Sebuah kilang pemproses makanan di Bangladesh terbakar menyebabkan kira-kira 52 orang mati terbakar pada 9 Julai.

NDTV melaporkan, kebakaran terjadi di sebuah kilang pemproses makanan bernama Inferno.

Anggota pemadam kebakaran pada mulanya menjumpai tiga mayat ketika memadam kebakaran. Namun, bertambah apabila api mulai reda dan menemui kira-kira 49 orang lagi disebuah ruangan tingkat tiga kilang itu.

“Para pekerja tidak dapat ke atap kerana pintu keluar menuju tangga telah rosak. Mereka juga tidak dapat turun ke tingkat bawah kerana api marak,” kata Debashish Bardhan, Jurucakap Pemadam Kebakaran.

Menurut Suara.com, kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut.

“lebih dari 30 orang (mangsa yang terkorban) dan beberapa orang melompat dari tingkat atas ketika api mulai marak ke tingkat enam,” kata Inspektor Sheikh Kabirul Islam.

Petugas pemadam kebakaran menyelamatkan 25 orang dengan tali dari atap kilang itu.

“Selepas api berjaya dipadamkan secara menyeluruh, kami akan membuat siasatan lanjut dan membuat operasi mencari dan menyelamat,”kata inspektor itu kepada AFP.

Disebabkan bahan kimia dan plastik yang mudah terbakar antara sebab api marak, kata Ketua Pemadam kebakaran, Dhaka Dinu Moni Sharma Sharma.

Sumber: Suara.com

Atiqah Aliah