Siakap Keli

Rayakan Hari Jadi Di Pusat Karaoke, Wanita Maut Ditimpa TV Karaoke Seberat 19 Kg

MOSCO- Sebuah tragedi berlaku di sebuah klub di Rusia apabila seorang wanita maut tertimpa televisyen karaoke yang besar pada hari ulang tahunnya.

Tatiana Pokhorenko, 35 tahun maut di tempat kejadian selepas skrin karaoke yang seberat 19 kg itu tepat menimpa atas badannya.

Rakaman CCTV di Gallery Club menunjukkan mangsa sedang meraihkan ulang tahunnya bersama-sama temannya sebelum kejadian berlaku.

Video tersebut menunjukkan televisyen karaoke itu bergerak-gerak.

Kompas.com melaporkan, televisyen karaoke itu terjatuh dari ketinggian 7.6 meter sebelum menghempap mangsa yang meraih ulang tahunnya ke-33 tahun.

Suasana bertukar kecoh, Tatiana tidak sedarkan diri dan seorang kru perubatan tiba selepas mendapat panggilan dan mengesahkan kematian Tatiana ditempat kejadian.

David Skvortsov, DJ pada malam kejadian antara saksi kematian wanita malang itu.

“Televisyen karaoke itu terjatuh dan membunuh wanita itu,” kata Skvortson lapor Daily Mail pada 9 Julai.

Pada 6 Julai, Semen Kopaigora, pemilik klub, didakwa atas kelalaian yang menyebabkan kematian mangsa serta menerima hukuman percubaan tiga tahun atas kejadian yang berlaku pada 2018 itu.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah