Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI COVID-19: 9,353 Kes Dilaporkan Hari Ini, Malaysia Sekali Lagi Catat Rekod Kes Harian Tertinggi

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 9,353 kes positif baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini.

9,353 kes positif baharu yang dilaporkan itu sekaligus memadam rekod angka tertinggi jumlah kes positif harian yang pernah direkodkan di Malaysia semalam.

Jumlah kes positif baharu yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 827,191 kes.

Selangor masih lagi kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu sebanyak 4,277 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula di tangga kedua dengan mencatatkan sebanyak 1,398 kes.

Melaka pula mencatatkan peningkatan kes sekaligus berada di kedudukan negeri ketiga tertinggi yang mencatatkan kes positif baharu dengan 835 kes.

Negeri-negeri lain masih lagi mencatatkan ratusan kes baharu kecuali Kelantan yang mencatatkan penurunan kes pada hari ini, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

 

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.