Siakap Keli
Gambar Via Rosenani Nani

“Wajah Dia Pun Tak Sempat Saya Tatap,” Wanita Hiba, Bayi Kesayangan Baru Lahir Hanya Bertahan 30 Minit Sebelum Hembus Nafas Terakhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu mana yang tidak patah hati apabila anak yang dikandungkan selama 9 bulan telah pergi untuk selama-lamanya. Lebih pilu, anak itu hanya mampu bertahan hidup di dunia ini selama 30 minit sahaja selepas dilahirkan.

Itulah yang dialami oleh Puan Rosenani pada tahun lalu di mana bayi perempuannya meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan.

Menerusi perkongsiannya group Facebook ‘Sharing Ibu Czer (SIC)’, dia menceritakan kembali kisah sedih yang dialaminya itu dan memohon doa dari orang ramai. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Nak kongsi juga cerita sedih saya.

40 week 4 hari saya bawa kandungan yang sempurna sangat-sangat aktif anak dalam perut saya. Tapi tak jangka lahir je dia ke dunia pada tanggal 7/10/2020 hanya berbekalkan masa 30 minit je dia sempat bernyawa. Lepas tu dia pergi tinggalkan saya selamanya.

Anak syurga saya, anak no 2. Nur aisyah nama di beri. Baju putih tu pun saya tak sempat nak pakaikan pada anak saya tu. Wajah dia pun tak sempat saya tatap.

Bersalin Czer, takpe lah saya redha. Sebenarnya saya tahu lama yang anak saya ada masalah sejak dari dalam perut lagi. Doktor pun dah bagi tahu awal-awal. Pada mulanya saya down teruk tak boleh terima. Tapi atas sokongan family, kawan-kawan dan suami saya kuat lalui semua. Al fatihah anak syurga saya.

Gambar Via Rosenani Nani

Bercerita lebih lanjut kepada SK, Puan Rosenani mengatakan bahawa bayi perempuan yang diberi nama Nur Aisyah itu pada awalnya telah dikesan mempunyai masalah tempurung kepala yang tidak menjadi. Dalam erti kata lain, bayinya itu akan dilahirkan tanpa tempurung kepala.

Difahamkan, dia sepatutnya telah menggugurkan bayinya itu pada minggu ke-30  atas saranan dari doktor tetapi sebaliknya berlaku.

Gambar Via Rosenani Nani

“Kuasa Allah dia taknak keluar time tu, cukup 40 minggu 4 hari baru dia keluar melalui Czer,” katanya.

Menurutnya lagi, sebelum melakukan proses Czer tersebut, dia telah ikhtiar untuk bersalin secara normal melalui kaedah memasukkan ubat tetapi setelah empat botol ubat dimasukkan, bayinya masih tidak mahu keluar.

“Anak dah lahir pun saya tak dapat tatap dia, doktor bawa lari taknak tunjuk pada saya dan diberitahu bahawa dia telah meninggal dunia,” katanya.

Semoga Puan Rosenani terus diberikan ketabahan dan semoga arwah bayinya ditempatkan di syurga.

Sumber: Rosenani Nani

Sofea

There's always another side to every story