Mungkin ramai yang masih keliru terutamanya yang berada di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tentang kapasiti di dalam kenderaan untuk tujuan perubatan atau vaksinasi.
Memetik daripada kenyataan media Ketua Polis Negara, membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu untuk tujuan perubatan dan mendapatkan vaksin. Penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di Aplikasi Mysejahtera, laman sesawang, kad janji jemu atau mesej pesanan ringkas (SMS) kepada petugas di lapangan.
Selain itu, tambahnya lagi bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara ‘case to case basis’ atau pertimbangan kes berkenaan.
“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sumber: MyGCC