Mungkin ramai di antara kita yang perasan, telinga ‘fighter’ kelihatan seperti cacat? Boleh dikatakan, kebanyakan pemain sukan “Mixed Martial Arts” ini akan mengalami telinga seperti ini.
Kalau korang perhatikan dengan jelas, bentuk telinga mereka ini amat berbeza berbanding dengan telinga normal seperti kita. Malah, kalau korang selidik betul-betul, korang akan dapati telinga petarung-petarung dalam sukan lasak ini jelas berbeza dengan orang lain.
Kalau korang perasan, salah seorang ‘fighter’ Khabib Nurmagomedov kelihatan tebal dan besar. Memandangkan hari ini kita ‘meriah’ dengan perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC), apa kata sedikit sebanyak kita ambil tahu kenapa kebanyakan fighter mempunyai telinga bengkak macam ini.
Pernah dengar tentang Cauliflower Ear atau Boxer Ear?
Dalam perubatan, keadaan telinga seperti ini dipanggil sebagai cauliflower ear atau boxer ear. Ia merupakan satu kecacatan pada telinga yang terjadi akibat kecederaan pukulan yang kuat.
Ianya terjadi disebabkan pendarahan (hematoma) di bawah kulit. Untuk pengetahuan korang, pinna di bahagia luar telinga. Kawasan telinga yang bengkak dan menjadi kawasan takungan darah ini perlu dirawat dengan segera jika tidak menjadi cacat kekal.
Biasanya cauliflower ear ini disebabkan oleh kecederaan semasa bersukan. Bukan petarung sahaja yang akan alami perkara ini, boleh jadi pemain rugbi akan berlaku kecatatan seperti ini.
Ia bersifat kekal
Kejadian ini menyebabkan seseorang itu akan mengalami kecacatan kekal pada telinganya jika tidak diubati lebih awal. Tetapi kebanyakan peninju atau ‘fighter’ ini tidak mahu merawat balik kecacatan tersebut dan menganggap ianya sebagai ‘trademark’ untuk seorang fighter.
Simptom ‘cauliflower ear’
Jika korang pernah terkena pukul yang kuat di bahagian telinga dan merasakan telinga korang cedera, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Lebih-lebih lagi kalau korang perasan ianya bengkak atau ada kesan lebam.
Oleh kerana darah-darah mula berkumpul di bahagian telingga yang cedera, darah-darah ini tidak lagi mengalir ke bahagian rawan telingga. Ianya memberi kesan kepada seseorang jika tidak dirawat dengan segera, korang akan mengalami;
- Telinga terasa seolah-olah berdering
- Kehilangan deria pendengaran
- Sakit kepala
- Mata kabur
Rawatan untuk masalah ini
Para doktor akan membantu korang dengan cara mengeringkan darah yang bertakung di antara rawan dan Perichondrium. Caranya adalah dengan menebuk lubang kecil di bahagian bengkak dengan jarum dan megneluarkan darah yang terkumpul.
Sebaik sahaja proses ini selesai, doktor akan memberi antibiotik supaya di kawasan berkenaan tidak terkena jangkitan kuman.
Jadi, para atlet sukan lasak ini sering diingatkan untuk memakai pelindung telinga atau menutup bahagian kepala mereka untuk mengelakkan perkara ini berlaku.
Oleh itu, Cauliflower ear ini tidak dipandang pelik oleh mereka yang meminati sukan UFC ini, kerana perkara ini sering terjadi kepada para pejuang atau fighter.
Sumber rujukan: Combatmuseum, webmd