Kenderaan adalah pengangkutan yang sangat penting untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau tak ada kenderaan, maka susahlah nak pergi ke mana-mana, tambahan pula bila berlaku kecemasan.
Berita baik untuk warga Kelantan yang tengah mencari kenderaan dengan harga rendah. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan melalui laman Facebook rasmi membuat hebahan jualan kenderaan lucut hak JPJ secara sebut harga bermula hari ini.
Tawaran bermula jam 8 pagi hari ini sehingga 19 Julai 2021, jam 12 tengah hari bertempat di Stor Sita JPJ Negeri Kelantan. Pembeli diminta membaca serta memahami terlebih dahulu syarat sebut harga yang ditetapkan.
Semua lot adalah dijual dalam keadaan ‘seadanya’ dan pastikan kenderaan-kenderaan ini dilihat terlebih dahulu sebelum pembeli menyebut harga.
Nilai deposit sebut harga adalah 5% daripada harga tawaran dan hanya menggunakan kaedah Bank Draf dan Kiriman Wang sahaja atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.
Bagi yang berminat, boleh tekan pautan di bawah untuk muat turun borang dan maklumat kenderaan:
- Borang Sebut Harga BIL 01-2021
- Gambar Kenderaan Sebut Harga BIL 01-2021
- Senarai Kenderaan Sebut Harga BIL 01-2021
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Negeri Kelantan di talian 09-7666905/ 09-7666117 atau layari laman rasmi Facebook JPJ Negeri Kelantan.
Sumber: JPJ Negeri Kelantan