Anak yang terdidik adalah daripada acuan ibu bapa itu sendiri. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberi pendidikan yang sempurna dari rumah sejak mereka masih kecil lagi supaya bila sudah besar, mereka akan terap nilai murni tersebut dalam kehidupan mereka.
Seperti gelagat dua kanak-kanak ini sedang ‘rajin’ mengemas rumah ketika ibunya dalam perjalanan pulang dari kerja. Dari rumah bersepah, terus licin kemasnya siap berpura-pura membaca buku. Telatah dua beradik ini telah menarik perhatian orang ramai malah ada juga kelaku yang menghiburkan.
Menerusi video ini, rata-rata orang ramai terhibur dengan telatah mereka dan mengharapkan anak-anak mereka yang masih kecil juga berkelakuan seperti ini. Ya, macam mak-mak kita suka berleter, “dah pandai main, pandailah kemas.” Mesti korang pernah lalui kan fasa-fasa ini?
“Bila agaknya abang kakak nak berpadu macam ni”
“Dah main pandai kemas”
“Boleh agak mak dia garang lagu mana”
“Selalu tolong menolong antara satu sama lain”
Sumber: TSogobatar