Pernah tak dengar orang kata, kalau sewaktu cuci pinggan, sisa-sisa makanan dan minyak sebaiknya jangan dibuang ke dalam sinki? Katanya, ia berisiko membuatkan sisa minyak itu terkumpul dalam saluran dan akhirnya tersumbat.
Sebenarnya, ada benarnya apa yang dikatakan ini. Mungkin ramai yang terlepas pandang, sisa minyak sepatutnya perlu diasingkan ke dalam bekas lain. Malah, ada pihak pengumpul minyak masak terpakai akan membelinya semula untuk dijadikan biodiesel.
Bercerita tentang buang minyak ke dalam sinki ini, baru-baru ini seorang ahli Group Tukang Apa Hari Ini (TAHI), Ramli Saliah berkongsi rutin kerjanya membersihkan saluran paip yang tersumbat dek minyak di sebuah medan selera.
Dalam perkongsian itu, Ramli bersama pasukannya menjalankan kerja-kerja menyedut lemak terkumpul (dipercayai daripada sisa minyak masak yang dibuang ke paip) dan mencuci saluran itu sekali.
“Medan selera punya lemak memang terbaik, beza dari yang lain, dahsyat..Seminggu tak hilang bau. Buh (letak) macam-macam pun tetap ada jugak.
“Minyak masak jangan buang ke lubang paip ye..” katanya.

Jika perhatikan dari awal, gumpalan lemak yang sangat tebal memenuhi saluran paip itu memang agak menggelikan. Mungkin boleh dikatakan, sudah lama paip ini tidak dicuci hingga ada lemak yang sudah mengeras.
Kalau sudah mengeras dan tebal macam dalam video ini, maka bolehlah kita agak macam mana ‘penangan’ bau busuknya. Sekaligus pasti membuatkan hidng kita tidak selesa untuk mengendalikan dapur masakan, apatah lagi jika di medan selera.
Dalam pada itu, Ramli berkongsi video penuh kerja-kerja mencuci dan membaiki saluran paip di medan selera ini menerusi Youtube. Jom ikuti video di bawah ini.
Nota: keadaan saluran ini kritikal, harap ‘bertabah’.
Sumber: Ramli Saliah melalui Tukang Apa Hari Ini