Siakap Keli
Kredit: Bernama

Bayaran GKP 3.0 PEMERKASA Tambahan Kepada PKS Mikro Mulai Disalurkan Hari Ini

Sebanyak RM500 juta dana Geran Khas Prihatin (GKP) akan disalurkan kepada pengusaha PKS Mikro bermula hari ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ujarnya, dana itu dijangka memberi manfaat kepada 1 juta perusahaan bagi mendepani cabaran pandemik COVID-19 di mana sebanyak RM1,000 telah diberikan kepada PKS mikro pada pertengahan Jun lalu.

Sebanyak RM500 dana tambahan akan diberikan kepada setiap PKS mikro secara berperingkat bermula Isnin ini, tambahnya.

“Bagi GKP 4.0 yang diumumkan di bawah Pakej PEMULIH, penyaluran akan dibuat kepada penerima sedia ada dan baharu pada bulan September dan November 2021,” katanya.

Sementara itu, permohonan baru bagi perusahaan yang belum pernah GKP boleh dibuat bermula 15 sehingga 31 Julai ini.

“Bagi inisiatif GKP, Kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM6.1 bilion untuk memanfaatkan 1 juta PKS mikro.

“Selain dari itu, terdapat juga inisiatif-inisiatif lain seperti dana pinjaman mudah berjumlah RM2.9 bilion melalui Bank Simpanan Nasional, Agrobank, MARA, SME Corp, YAPEIM dan TEKUN, serta dana pinjaman mudah oleh Bank Negara Malaysia berjumlah RM8.6 bilion yang disediakan bagi membantu PKS dan PKS mikro,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/

Sumber: Menteri Kewangan

Amira

Love yourself.