Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Takkan selamanya nak tengok kejayaan orang lain je kan? Diri sendiri tak ingin mencuba?
Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan ramai yang terkesan termasuklah segelintir individu yang ‘makan gaji’. Ada di antara mereka terpaksa bercuti tanpa gaji dan paling menyedihkan ada yang kehilangan pekerjaan.
Seoerti kisah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Suuhaib Marzuki ini terpaksa berhenti kerja dan memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM100 sahaja.
Walaupun begitu, dengan semangat dan tekun pasangan ini, mereka berjaya memasarkan produk mereka ke peringkat lebih tinggi. Jadi, untuk memberi inspirasi kepada orang ramai, lelaki ini berkongsi be erapa tips untuk kekalkan perniagaannya berjalan dengan lancar.
As salam/salam sejahtera semua. Hari tu ada terbaca post brader yang tolong family jual jagung tu, terdetik pula nak share cerita macam mana bermulanya perniagaan saya & isteri. Bermodalkan RM100, itu pon duit nafkah yang saya kasi pada isteri saya pada masa tu. Alhamdulillah sekarang kami berdua dah tubuhkan homemade kosmetik, nama brandnya ialah “THE GLAZED”.
Daripada tiada apa-apa sampailah ada kedai sendiri, tempat pack yang luas, showroom untuk display produk-produk kami dan tempat untuk ibu & anak (untuk wanita yang ada bayi).
Saya ingat lagi, orang rumah saya pada masa tu tiada rezeki untuk lanjutkan pekerjaan atas alasan mengandung anak pertama. Dia ada minta kebenaran saya untuk buat produk lip gloss, katanya dia mahu bantu saya.
Jadi, itu lah bermulanya perjalanan bisnes kami dua. Isteri sayalah yang design logo, saya pula design product label & bantu daripada segi company document (SSM, LHDN, NOT KKM, account & company matters). Kami start dengan jual dekat Instagram, kemudian beralih pada Shopee, kemudian Lazada, sekarang ada kedai, tapi disebabkan PKP, kedai kami belum lagi dirasmikan lagi.
“Setiap produk yang kami buat, kami akan cuba dulu selama sebulan untuk tengok berhasil atau tak dengan apa yang kami promote. “
Selepas berbulan-bulan study berkaitan dengan kosmetik. Baru lah wife sy buat lip gloss, lip balm, lip scrub & body butter. Bila startnya bisnes makin membangun, saya mula tolong apa yang patut. Saya pula buat bahagian sabun, bathbomb, face clay (akan datang). Sabun yang saya buat tu comel-comel, tapi bukan makanan ya.
Setiap produk yang kami buat, kami akan cuba dulu selama sebulan untuk tengok berhasil atau tak dengan apa yang kami promote. Saya akan bagi free pada rakan-rakan untuk feedback. Kadang-kadang kalau customer beli, saya akan bagi juga, tapi sebelum tu saya make sure dulu produk tu selamat digunakan.
Saya amalkan prinsip ini dalam company ;
- Terus refund, no question ask.
Kalau produk yang kami jual ni tak sesuai dengan customer atau apabila produk sampai di tangan customer tu tiba-tiba bermasalah. Terus refund, no question ask.
- Jangan niat nak kaya.
Saya selalu tanam niat nak bantu anak isteri, family & kenalan-kenalan saya yang hilang punca pendapatan. Dapat sikit pon takpelah, asalkan ada.
- Product knowledge is important.
Product knowledge is important. Semua barangan yang kami jual, kami akan study dulu bahan yang ada dalam tu. Contohnya mcm sabun, sangat complex, sebelum customer beli, saya akan nasihat dulu yang mana sesuai atau tidak supaya kepuasan customer tu dapat dicapai.
- Beri ‘free gift’
Customer yang beli lebih daripada 2 kali akan dapat apa-apa produk free daripada kami. Meraikan customer sangat penting. Walaupun dia beli barang bernilai RM2, bagi saya itu pun rezeki.
- Share keuntungan company dengan haiwan.
Share keuntungan company dengan haiwan. Tak kira lah anjing ke, kucing ke, saya memang akan sediakan makanan. Kalau bukan manusia bantu, siapa lagi ?
- Jujur dalam perniagaan
Jujur dalam perniagaan, kalau kami salah, kami salah. Kalau customer salah, kami tetap salah. Mcm yang kita tahu, ada juga customer yang toxic & menguji kita. Tapi, bagi sy, kita cari rezeki, kalau rezeki tu memang untuk kita, kita tetap akan dapat. Sabar itu wajib.
- Solat
Solat dhuha jangan tinggal. Busy atau mengantuk macam mana pon, paksa diri untuk solat dhuha.
- Customer 1st, personal 2nd.
Customer 1st, personal 2nd. Kami hanya hasilkan produk yang customer demand, kami tak hasilkan produk yang syok-syok sendiri. Kalau produk tu tak sesuai dngn customer, study semula, improve.
- ‘Ship out’ produk hari yang sama
Saya always tegaskan pada team saya. Kalau customer ada order barang dekat shopee & lazada, always update bila kita akan ship out. Kalau ada 200 order sehari, sebanyak 200 order tu lah saya akan contact di shopee & lazada untuk bagitahu bila saya akan hantar.
Selalunya saya akan hantar pada hari yang sama, biarlah penat atau busy macam mana pon. Asalkan tanggungjawab tu dah lepas.
Kami based di Kajang pada mulanya, lepas saya berhenti kerja. Terus kami pindah ke Kedah untuk buka kedai. Kedai kami di Taman Batik, Sungai Petani.
Jika nnti ada rezeki untuk buka, jemput datang ye. Company THE GLAZED juga ambil servis rebrand ya. Semua barang yang kami jual, semua boleh rebrand dengan harga berpatutan.
Kepada buyer yang ada dalam group ni yang pernah beli dengan kami, terima kasih ya. Sebagai suami, saya hanya menumpang rezeki anak isteri sahaja. Doakan kami mampu bersaing dengan jenama “LUSH” ya. Insha Allah.
Shopee : https://shopee.com.my/theglazed.os?smtt=0.0.9
Lazada : https://s.lazada.com.my/s.d1d69
Instagram : https://instagram.com/glazed.lip?utm_medium=copy_link
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZGJkWejr4/
Sumber: Suuhaib Marzuki