Siakap Keli

TERKINI: 8,574 Kes Positif Baharu Covid-19 Hari Ini, Selangor Catat Lebih 4,000 Kes Lagi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,574 kes positif Covid-19 pada 12 Julai 2021. Jumlah kumulatif kes positif adalah 844,870 kes sehingga hari ini.

Dalam perkongsian daripada laman Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menunjukkan bahawa negeri Selangor kekal mencatat kes tertinggi hari ini iaitu dengan jumlah 4,308 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 609 kes. Bagaimanapun, Negeri Sembilan turut mencatat peningkatan kes berbanding semalam dengan 794 kes.

Selain daripada itu juga, Jabatan Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melaporkan setakat semalam (11 Julai 2021), Malaysia telah memeberikan 11,366,710 dos vaksin 1 dan 2. Berdasarkan jumlah populasi, 24 peratus dari rakyat Malaysia sudah menerima vaksin sekurang-kurangnya 1 dos.

 

Sumber: DG Noor Hisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.