Siakap Keli
Gambar: Terrycralle.com

Bukan Kehamilan Ja, Ini Antara Sebab Lain Wanita Lewat Datang Haid Termasuk Masalah Berat Badan

Tidak semua wanita pernah mengalami hari-hari kitaran haid yang tidak normal, namun tidak mustahil boleh berlaku dalam hidupnya.

Hal ini kerana seiring dengan peningkatan usia, pelbagai perkara yang berubah dalam hidup seseorang wanita termasuklah perkahwinan, pekerjaan dan seumpamanya. Mungkin wanita yang dah berkahwin pernah merasakan lewat datang bulan kerana dirinya hamil.

Malah, boleh jadi juga seorang wanita yang mengalami tekanan telah menyebabkan kitaran haidnya berubah-berubah. Bukan apa, ‘stress‘ boleh berlaku terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja  termasuklah di tempat kerja mahupun di rumah.

Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan kepastian yang lebih jelas mengenai punca haid lewat ini, jom ikuti perkongsian daripada Hello Doktor di bawah.

Haid, ada masa awal, ada waktunya pula lambat. Tempoh haid juga boleh berubah-ubah jumlah harinya. Jadi, apa sebenarnya punca period lambat?

Punca period lambat: Simptom-simptomnya

Untuk makluman pembaca sekalian, wanita yang lambat datang bulan lebih daripada 3 kitaran berturut-turut dikenal pasti mengalami kondisi yang digelar, amenorea.

Punca lambat period boleh dipengaruhi oleh faktor yang berbeza, kalian mungkin akan alami tanda dan gejala tertentu berserta dengan ketiadaan darah haid, seperti:

Punca lambat datang haid, ini sebab yang anda mungkin tak tahu

Kebanyakan wanita mempunyai kitaran setiap 28 hari, bermula daripada kali pertama keluar darah haid sehingga menopaus.

Walau bagaimanapun, kitaran haid yang sihat boleh berbeza-beza antara 21 ke 35 hari bagi setiap kitaran.

Jika kitaran anda lain daripada yang lain dan selalu lambat, ini mungkin disebabkan oleh:

1 Faktor tekanan

Jangan tak percaya ya, faktor tekanan juga boleh menjadi punca lambat datang bulan ataupun period tidak datang sama sekali!

Sebenarnya, perubahan gaya hidup yang drastik atau lambakan kerja berisiko membuatkan kalian stres, lantas mengganggu kitaran menstruasi.

Hormon gonadotropin-releasing (GnRH) kurang dihasilkan apabila stres, makanya ia akan menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda.

Sekiranya anda fikir stres menjadi penyebab kitaran haid bercelaru, cubalah lakukan perkara yang boleh menenangkan atau mengubah gaya hidup harian.

#2 Sindrom ovari polisistik (PCOS)

PCOS, kondisi yang menyebabkan tubuh seorang wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki, iaitu androgen.

Perubahan hormon ini juga boleh:

  • Menjejaskan berat badan dan membawa kepada obesiti
  • Menyebabkan jerawat
  • Menyebabkan bulu-bulu di muka mula tumbuh
  • Membawa kepada ketidaksuburan atau mandul

Sista yang terhasil pada ovari diakibatkan oleh ketidakseimbangan hormon, yang mana mampu membuatkan ovulasi terjejas atau terhenti.

Manakala, hormon-hormon lain seperti insulin juga menjadi tidak seimbang kerana berlakunya kerintangan insulin yang selalu dihadapi pesakit PCOS.

Dapatkan rawatan yang bersesuaian daripada doktor bagi merawat PCOS dan mengembalikan kitaran haid yang normal.

Semak kitaran haid dan tempoh ovulasi anda dengan menggunakan Kalkulator Kesuburan di sini.

#3 Pil pencegah kehamilan

Pengambilan pil pencegah kehamilan turut berpotensi mengganggu kitaran menstruasi.

Pil ini mengandungi hormon estrogen dan progestin yang berfungsi untuk menghalang ovari daripada melepaskan telur.

Oleh itu, kesannya boleh mengambil masa sehingga 6 bulan untuk kitaran anda kembali normal selepas berhenti pengambilan pil tersebut.

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan yang lain pula seperti penggunaan implan, patch dan suntikan turut berisiko menyumbang kepada punca period lambat.

#4 Ubat-ubatan

Selain pil pencegah kehamilan, sesetengah ubat yang digunakan bagi merawat masalah kesihatan tertentu juga boleh mengganggu kitaran menstruasi wanita.

Ubatan tertentu seperti ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang berisiko melambatkan kitaran haid.

#5 Masalah berat badan

Masalah berkaitan berat badan, seperti anoreksia, bulimia mahupun obesiti juga cenderung menjadi punca lambat datang haid.

Bagi berat badan di bawah 10% daripada berat normal (menurut BMI), ia berisiko mengubah cara tubuh berfungsi dan menghentikan proses ovulasi.

Berat badan yang berlebihan pula menyebabkan gangguan pada hormon dan ia turut sama dihadapi oleh mereka yang kekurangan berat badan.

Mengamalkan pola pemakanan yang sihat di samping melakukan senaman secara berkala akan dapat mengembalikan berat badan yang normal.

Bagi mereka yang menghadapi isu anoreksia atau bulimia, pastikan untuk merujuk doktor atau pakar pemakanan sebelum mengamalkan apa-apa diet.

Kesimpulannya, jika kalian alami kelewatan haid, jangan cepat panik ya! Sebaiknya, dapatkan bimbingan dan nasihat doktor, usah malu-malu demi kesihatan anda

Sumber: Hello Doktor

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.