Bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) ketika waktu pandemik ini memang sangat mencabar. Selain perlu menguruskan pesakit yang terlalu ramai, mereka juga harus berhadapan dengan cabaran ketahanan mental.
Tidak dinafikan, tugasan kerja yang terlalu banyak boleh memberi kesan kepada kesihatan mental. Apabila mental sudah letih, badan akan kurang produktiviti. Hasilnya, kepenatan yang melampau dan ada yang boleh pengsan secara tiba-tiba.
Seperti video tular yang memaparkan situasi beberapa petugas barisan hadapan sedang menolak seorang individu dipercayai pesakit Covid-19 menggunakan troli. Kelihatan, agak ramai juga orang yang sedang beratur di sana, didakwa di sebuah Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).
Menerusi video, ketika petugas berkenaan seramai tiga orang yang lengkap dengan alat perlindungan diri (PPE) sedang berkejar menolak, tiba-tiba salah seorang daripada mereka rebah ke tanah, sekaligus menyebabkan troli itu turut tumbang.
Tidak pasti puncanya mengapa, tapi boleh dikatakan mungkin petugas berkenaan terlalu letih hingga tidak berdaya lagi untuk menolak troli di bawah panas terik.
Video yang dikongsikan di TikTok Suemayrra ini meraih lima juta tontonan dan dibanjiri dengan ribuan komen oleh warganet, tidak sampai 24 jam dimuatnaik.
@suemayrra Allahuakbar, Ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka. #covid19 #fyp #fpyシ #viralvideo #viraltiktok
@suemayrra Keep fighting all frontliner KKM Kredit sharing dr @edree_adnan #fyp #covid19 #tiktoker #viraltiktok #kitapastimenang
Rata-rata warganet yang tersentuh merasa simpati dengan kejadian yang menimpa petugas barisan hadapan selain menitipkan doa agar pandemik ini segera berakhir. Di bawah ini adalah tangkap layar beberapa komentar terpilih.
Kasihanilah kami semua dan barisan hadapan.. kami semua dah penat..
Yang terbaring lesu tu mesti tengah rasa nak putus asa..
Suit tu panas, duduk dalam aircond pun rasa panas lagi..
Mereka penat sangat tu..Ya Allah..
Tu pun ada orang cakap doktor ni ‘pembunuh’
Semoga Allah memudahkan urusan kita dan semua pejuang barisan hadapan dalam menghadapi gelombang Covid-19 ini yang bila entah akan berakhir.
Sumber: TikTok Suemayrra